Salam Aidiladha.

Bagaimana hari raya anda? 
Adakah menarik dengan sesi menumbangkan lembu?
Atau lebih menarik dengan sesi mengejar lembu?




Hari raya saya biasa-biasa sahaja. 
Cuma tahun ini beraya di rumah tok wan buat kali pertama.
Best ke?

Best sebab rumah tok wan tak ada sinki.
Nak basuh pinggan mangkuk semua dalam bilik air.
Basuh di lantai ye. 
Memasak pun di bawah sebab tak ada para tempat memasak.
Untung tau sebab tak penat berdiri.
Masak bersila je.
Mak pun buat kali pertama tak merungut sakit tumit walaupun masak macam-macam.
Soto, bihun sup, rendang ayam, kuah kacang.
Kalau masak di rumah mesti sakit-sakit pinggang dah.

Paling seronok, bilik air rumah tok wan tak ada pintu.
Hehe.. ada berani?




Bila hujan renyai-renyai kena tutup tv.
Sebab tok wan takut kena sambar kilat.
Bila tok wan dah warning maka teruslah suis ditutup.
Berani derhaka?
Hoho.




Duduk rumah tok wan ni teringat astro di rumah.
Sebab tv kat rumah tok wan dapat channel TV1 dan TV2 SAHAJA!
Errr....
TV pulak setiap 5 minit akan blank jadi warna merah.
Kena pergi betulkan wayar apa yang patut baru ok.

Saya sangat kagum ngan adik saya sebab berjaya bertahan selama seminggu di rumah tok wan.
Saya baru duduk 2 hari...


Macam mana pun, celcom laju kat area ni.
Berbanding di rumah sendiri..
Rasa nak hempuk je berokben.
Selamat Berhari Raya ye....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
HAVE A NICE DAY

Comments

Admin said…
<((((((((((((((((◕‿◕)⊰
salam iduladha..
*cowie lmbt wish*
wirdati said…
hehe..its okay..thanks for visiting.
wirdati said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan