Packing And Tagging. Two different things.

Baru je lepas packing pakaian. Nampaknya satu beg kanvas besar + satu beg balik kampung sederhana + beg balik kampung kecil tak dapat memuatkan satu almari pakaian saya. Isnin ada last paper (English) dan selepas itu pulang ke kampung...(kampung? Saya duduk taman..hihi). Esok kena cari beg yang lebih besar sebab nak isi barang-barang lain. Almaklumlah, tempoh belajar 5 tahun setengah (ada macam amek medik x?). Semakin bertambah hari, semakin banyak barang dikumpul. Padahnya, semasa mengemas di hujung semester (setiap hujung tahun kena kosongkan bilik).
 
Thanks kepada cikgu Iqa sebab rajin meng'tag' saya. Tag yang lagi satu oleh ciknana akan saya buat nanti. Jom tengok! 
 
 
#Apa benda paling penting dalam hidup anda?
Cinta, Kasih Sayang dan Persahabatan Sejati *kategori benda abstrak*

#Benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri
Hand socks warna hitam (RM4 je). Beli di pasar malam menggantikan hand socks lama yang dah koyak *ganaz*

#Dimana tempat korang nak langsungkan perkahwinan & apa tema perkahwinan korang?
Semestinya di rumah. Tema hitam putih. InsyaALLAH... Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak *ada korang kesah ke?*

#Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Sedang Ingin Bercinta (sedang ke ingin?)

#Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
InsyaALLAH dunia akhirat.

#Novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
Telaga Budi- TGNA

#Antara mak ayah korang , mana yang korang lebih mesra?
Dulu manja dengan abah. Sekarang tinggal emak je. Semoga dihimpun kembali di akhirat nanti.

#Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
 Jangka masa pendek- betul-betul nak jumpa bakal parents in-law.
Kelak-Nak jumpa Allah dan Rasul (Perkenankan Ya ALLAH).

#Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Yalah. Dah tu takkan nak suruh mak cik tukang sapu blok asrama yang basuhkan?

#Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Changkat Jering (^_^)!!

#Pilih salah satu , peluk atau cium.
Peluk.

#Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda.
Bakal guru macam saya.
Kenal dia masa camping Unit Beruniform di IPDA tapi dia tak kenal saya.
Baru kenal tapi rasa mesra dan selesa.

#Benda yang korang sayang sangat dalam hidup korang ?
Cincin silver pertama, bear2, laptop, jam Fossil muka petak warna biru...banyak lagi ni.

#5 lagu yang paling korang suka n slalu dengar
Ketika Cinta Bertasbih
The One
Cinta Pertama
Amani
Atas Nama Cinta

#5 blogger yang dipertanggungjawabkan utk jawab tag ini

Comments

Tulip said…
nak peluk boleh..kihkih
wirdati said…
boleh..selang satu bilik je kan. hihi
cik mas said…
sy dtg lapor diri...tq tag sy...heee...tp x smpat bls tag niyh..bz, esk exam syg..:)
nnti cik mas dh free cik mas wat ye.... hihi
wirdati said…
cik mas: hehe..bereh. Gudluck exam.
emieysandra said…
TQ tag..nti i wat ea.
salam kenal
~_^

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan