Aktiviti panas semasa cuti.

Time sibuk study dulu, macam cacing kepanasan menunggu cuti. Baru start kuliah dah kalut selak kalendar check tarikh bila next holiday. Hambik... Cuti hujung tahun. Best kan...
Best la kalau kau merayap dan jadual harian penuh dengan aktiviti menarik.
Macam mana pulak kalau aktiviti harian makan, tido, bangun tido, memasak, kemas rumah then ulang balik makan, tido, bangun tido memasak dan kemas rumah? (nasib baik ada part memasak dan kemas rumah).
Mati kutu tambah-tambah bila kat rumah family tak ada. Kau cuti la sorang-sorang. Tengok tv  then tv pula tengok kau.
Broadband celcom buat hal sangat. Padan muka kau. Aku ganti dengan yang lain. Pelik betul. Masa baru guna kau dulu bukan main laju. Tak sempat klik kau dah keluar (hiperbola yek). Sekarang tetiba je kau meragam. Jangankan nak bukak 'muka buku'. Nak search google pun hazab. Inikan pula nak update belog tercinta. Memang bercinta la aku klik, klik si tikus. At last tak keluar apa-apa.

Puas hati dapat meroyan kat sini. Yang baru ni pun kena tunggu pagi buta macam ni baru dapat guna. Haisy! Baik aku qiam daripada berjaga semata-mata menghadap kau. Esok lusa sila berkelakuan baik ye. Kalau tak, aku humban dalam tong sampah. 
mode angelic:
Thanks kepada blogger yang dah tag saya.. InsyaALLAH saya akan usahakan tag-tag tersebut apabila berkesempatan. 




Have a nice day!

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan