Hari terakhir.
Hari ini hari terakhir untuk study Math Planning sebab esok dah exam. Berita gembira atau sedih? Semestinya berita sedih untuk orang-orang yang tak bersedia lagi untuk exam macam saya. Mungkin juga berita gembira buat insan-insan yang dah cover almost all topics. Dah tepu sampai bila-bila masa sahaja boleh memuntahkan idea-idea bernas.
Keunikan musim peperiksaan.
Sudah pukul 3 pun masih ada lagi insan yang belum tidur. Mungkin juga baru bangun untuk study.
Situasi ini memberi manfaat kepada insan-insan yang takut nak ke tandas pada waktu malam.
Tak perlu tahan kencing sampai esok pagi.
Tak perlu juga memerut dalam keadaan gelisah.
Siapa tu?
Haha
Bak kata cik Tulip, Basic Calculus memang memeningkan.
Tapi tak kusangka Math Planning lebih memeningkan.
Bila dah pening-pening ni, emosi pun jadi tak stabil.
Bincang soalan past year pun boleh jadi macam cari gaduh.
"Kenapa jawapan dia B bukan C? Cepat bagi alasan. Tak puas hati ni."
Cepat bagi alasan yang kukuh sebelum kena penumbuk.
Dush! Penangan exam.
Panik. Tambah-tambah bila kawan tanya soalan.
"Aik, tajuk mana ni? Penah belajar ke?"
Sudah...
Tapi.
Bak kata cikgu masa Methodist dulu,
ada masa lagi nak study.
Selagi belum masuk dewan, masih lagi boleh study.
Study la.
Musim exam ni, tekanan terlebih.
Benda kecik jadi besar.
Benda biasa jadi luar biasa.
Masa ni la kau nak meroyan...
Aisy..!
Comments
tawakal kpd ALLAH...
Basic calculus nest..Yeeehaa!