Nak kahwin awal? Meh baca ni.

Siapa nak tips kahwin awal? Angkat tangan!
Siapa tak nak kahwin duduk diam-diam sambil makan daging masak kicap *tetiba pulak*

Semalam kakak sepupu saya bernikah.
Masa tengah tumbuk daun inai (akhirnya masuk blender. Tak tahan daulat. Banyak kot nak tumbuk),
mak pesan suruh teman sepupu pergi masjid esok.
Ambil berkat. Mana tahu melekat jodoh cepat.
Hehe...
Mak yang cakap. Bukan saya.


Kakak sepupu kata, kalau nak cepat jodoh sila fokus pada sirih junjung yang jadi hantaran.
Kenal tak sirih junjung?
Kalau tak kenal sila google.
Bila dah fokus, sila ambil senyap-senyap.
Pastikan orang tak tahu.
Pastu, makan siri tu satu lipat.
Saya pun tak faham satu lipat tu macam mana.
Lipat sekali pastu makan kot.
Hehe..
Yang penting kena senyap-senyap.
Jangan kecoh-kecoh.

Tu petua orang tua-tua.
Kalau tak jadi tak tahu..

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan