Kecik-kecik dah pandai!

Berbeza betul dengan saya zaman dahulu.
Budak-budak zaman sekarang bukan main lagi. 
Baru sekolah rendah dah ada handfon sendiri (bunyi macam cemburu je)
Paling tak tahan, belum pun sekolah tadika lagi dah ada handfon sendiri.
Bukan handfon yang boleh isi air tu. 
Ini handfon betul punya. Boleh call dan mesej orang.
Isk, tak faham betul kenapa budak-budak umur ni dah dapat gadget.

Ehem, cemburu ke?
Agak la. Saya dulu dah form 5 baru dapat pegang handset. Itupun kawan bagi pinjam.
Mungkin sebab kesian saya seorang je yang tak ada handfon masa tu.
Bergaya la sekejap ngan barang pinjam.
Bak kata peribahasa 'Jadi umang-umang'.
Terdengar kata seorang mak cik kepada anaknya,
"Ini handfon umi, mana handfon adik? Pergi main handfon adik"
Ingatkan budak tu pergi ambil handfon yang tekan punat keluar bunyi tu.
Ataupun mungkin juga handfon yang ada straw.
Tiba-tiba...
NOKIA
Wow!
Model apa? Saya tak perasan. Tambah-tambah saya ni kurang peka ngan model handfon.
Tapi memang handfon betul.
Amboi adik...nak kol atau mesej siapa?
Berapa umur budak tu?
Baru 4 tahun!!

Beruntungnya kamu, dik!


Handfon ni masa zaman awal kegemilangan nokia.
Tapi handfon adik tu bukan model ni.
Model terbaru.
Anda bagaimana?

Comments

Qa said…
betul3!! sy f5 bru dpt pgang..tu pon sbb nk spm..pastu dpt plkn bru bpluang dpt hp sndiri..tu pon gune duit sndri..sbb kerja..kalo x..xdptla..adik2 sy skrg mntk je dpt..haihh..hp dorg sume ad blutut..sy je yg xde..:(
wirdati said…
hehe..sama lah ...kita pny dlu2 takde gigi biru (blue tooth)
::Cikgu Akim:: said…
setujuuuuuuuuuuu..budak2 skunk hebat2..generasi alaf baru kononyaa..heheheh..
pss:tringt fone pertama 3310..hehhe..
wirdati said…
cikgu akim: yup..3310 (sebut tiga,tiga sekupang)..time tu orang kata anset baling anjing sebab tahan lasak. hihi. Penah pakai jugak.
Tulip said…
heheh..biasalah..manja pun minta hphone dah ke???
wirdati said…
manja x pandai nak mintak nanti. Ah..xde, dy kne ikut tradisi kakak dia. after SPM baru leh.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas