Antara yang terburuk

Semua orang ada sikap buruk masing-masing. Aku pun ada sikap buruk aku dan antara yang paling buruk ialah PEMARAH.



Memang mudah sangat nak naik darah sampai kadang-kadang tak tahu kenapa rasa marah datang. Benda kecik pun jadi besar.



Rasanya sejak kecil memang pemarah sebab dulu pernah hempas pintu kuat-kuat sebab tersangat marah tak dapat main game. Haih...teruk betul.



Bukan tak nak ubah tapi bila je berazam tak nak marah mesti akan jadi sesuatu yang mencabar balik azam tadi. Kadang-kadang bila marah sangat either akan senyap, menangis or yang paling teruk mengamuk.



Tahu je kesan buruk marah tapi tak boleh nak kawal. Mungkin ada caranya tapi saya belum jumpa lagi cara untuk kawal tenaga marah yang membuak-buak tu. Tak jumpa lagi butang "OFF" untuk rasa marah masa tengah marah sangat-sangat.



Setiap hari ketuk paku pada pagar kayu. Lepas ketuk cabut balik. Aku nampak pagar kayu tu dah buruk sebab berlubang.. Kesian pagar kayu. Aku kesian tapi aku perlu pagar kayu tu kalau tak nanti aku paku pada tempat yang salah. Selama ni pagar kayu tu diam je rela dipaku. Sejak kebelakangan ni, pagar kayu tu macam dah reput. Maaf pagar kayu. Mungkin pagar kayu perlu cari tuan rumah lain untuk dipagar. Cari tuan rumah yang tak pandai memaku. Yang tak ada paku pun dalam rumah tu. Mesti pagar kayu boleh tegak terpacak sampai bila-bila.



Tuan rumah rasa kena jauhkan diri dari pagar kayu buat sementara waktu. Biar pagar kayu aman semula. Terima kasih pagar kayu.


P/s:
Rumah aku takde pagar kayu pun. Harap maklum.


Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas