Hujung Bulan Tahun 2011

Dah seminggu cuba update blog tapi tak boleh. Pelik. Baca blog orang boleh tapi bila nak buat new post loading terus jadi macam kura-kura. Rupa-rupanya kena tukar yang new look punya baru leh update.

Biasa la.. hujung-hujung tahun ni cuti sekolah so cuti betul-betul la. Aku pulak jenis tak suka keluar rumah so memerap je la. Badan makin gemok. Sia-sia je diet dulu. Semua dah kembali seperti sedia kala. Haha. Padan muka.
Hujung tahun ni ex-roomate aku, Liyana Ghazali dah selamat bertunang. Tahniah. 
Hujung tahun ni jugak roomate aku, Fatimah bakal bertukar status menjadi isteri orang. Tahniah jugak. Tumpang happy. 
Aku tak bergerak lagi. Sabar je la. Umur-umur macam ni dok tengok kawan-kawan upgrade status. Ada yang bertunang, kahwin dan dapat anak. 
Niat di hati memang nak rebut jugak tahun ni (sibuk jugak kau). Tapi permohonan telah ditolak. Biasalah, kerenah birokrasi. Eh? 

Fasa pertama yang aku kena lepas dulu ialah.... habiskan final year sebagai seorang bujang yang single and available (Gasaklah. Tak bertunang apa lagi so still available la kan???)
Fasa kedua yang perlu dilalui ialah pastikan dalam tangan ada duit ribu-ribu baru boleh upgrade status. Ape ingat sume benda free? Tambah-tambah kau yang nak cepat kan.. Usaha sendiri.

Dua fasa tu je. Sabar je la....
Jeles pulak ngan kawan-kawan yang dah lepas.. kita jumpa nanti!!

Tahniah jugak untuk senior-senior yang dah bertukar status. Semoga semua bahagia hingga akhir hayat.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas