Chocolate Moist Cake Pertama

Seronoknya.....!!!

1. Check pengadun kek yang dah bertahun tak pakai tapi still boleh pakai.
2. Pergi cari bahan untuk buat kek berbekalkan duit RM20 dan syiling beberapa kupang. Cukup.



Bahan-bahan yang berjaya dibeli. RM20.30.. lega sebab cukup.




3. Terkial-kial sukat sume bahan. Orang tak expert la katakan. Nak ayak tepung tetiba penapis teh yang paling kecik je ada. Rasa berpuluh minit mengayak tepung je. Huhu.


Adunan dah masuk dalam loyang untuk dikukus. 




 Baru keluar dari pengukus. Gumbira sebab nampak elok je. Belum letak topping lagi ni.






Topping yang comot. Next time akan dibuat dengan lebih kemas dan berwarna warni. Hehe.





4. Terlupa beli aluminium foil. Patutnya sebelum loyang masuk dalam pengukus kena tutup atasnya dulu. Mungkin takut air yang tersejat di dalam jatuh atas kek. So atas loyang saya letak penutup periuk dan tindih dengan ibu lesung batu. Berjaya!



5. Untuk ganache or topping kena buat double boiled tapi kat rumah takde periuk yang ada pemegang panjang tu.... so kan pengukus bahagian bawah sekali ada air kan? Saya letak je periuk  dalam tu dan periuk kecik tu terapung. Kira double boiled la kan??



6. Next time kena kurangkan serbuk koko sebab rasa agak pahit.



7. Tak sempat malam kek dah pun habis. Mak kata boleh buat lagi lain kali. Happy. Happy.



8. Sempat bagi Mr. Someone rasa. Dia pun suka. (^_^)


Nak resepi??? Saya tengok dalam myresepi je. Google lah. Mesti jumpa.





Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas