Praktikum 3
Selamat Tahun Baru 2012..
Masa mula-mula masuk maktab dulu aku dok kira 5 tahun setengah dari tarikh aku mendaftar, tahun 2012 adalah final year dan aku akan grad tahun tu. Hihi...
Masa tu rasa lama gila nak tunggu 2012.
Setahun lagi.
First week mula sem 7 dah pun dapat assignments dan dah pun mula pembentangan. Laju kot!!!
Lecturer dah mula ajar pasal action research (selalu tershashul menyabutnye). Aku tak decide lagi tajuk AR aku. rasa macam kecik lagi nak kena pikir benda2 dewasa ni. Malas!! Tapi aku yakin semangat aku tahun ni membara2 sebab day first lagi aku dah semangat nak wat ulangkaji. haha...
List praktikum dah keluar. Tak macam sebelum2 ni aku tak excited sangat. Aku tahu sekolah mana dan siapa lecturer pon kawan-kawan yang bagitahu. Sem ni kena praktikum 3 bulan dan aku bakal ditempatkan di Sekolah Kebangsaan TT... hihi tahu? Kat George Town. Masa praktikum sebulan aritu aku rasa dah jauh benar SK St Xavier tapi praktikum seterusnya aku kena kat Batu Kawan. Lagi jauh duduk menyewa. Kali ni alhamdulillah aku tak payah menyewa dah. Boleh je duduk kat maktab. So aku dah save duit untuk kenduri hujung tahun nanti. Masalahnya kali ni sekolah tu lagiiiii jauh daripada Pulau Tikus dulu. Masalah lain kat Penang ni ialah sesak. Kau penah ke bawak kete kat Penang time sesak??? Aku paling takut round about yang depan maktab tu. Aku lagi prefer lampu isyarat berbanding bulatan camtu. Praktikum mate aku kali ni Cik Marina Alonso a.k.a Haslina yang jelitawan. Aku akan gi ngan kereta dia sebab aku nak jimat duit untuk kenduri nanti kan?? Haruslah aku biarkan je kereta WHH kat Gerik. Sem ni aku tak buat praktikum ngan Mr. Someone dah sebab dia hebat sangat. Pressure aku. Bila aku pressure aku pun akan mengganas dan menyebabkan dia tak hepi. So, aku prefer sem ni dia buat praktikum ngan orang lain supaya bakat guru dia boleh diperkembang lagi.
Selalu je aku nak buat apa-apa kalau boleh dengan dia. Tapi selalu je aku tak dapat. Rumah sukan tak dapat sama, persatuan tak dapat sama, kelab tak dapat sama dll lah... kelas dah memang tak sama la. Sem lepas je aku berusaha suapaya boleh praktikum sama tapi baru aku tahu kenapa aku tak boleh kerja dengan dia. Hihi... aku tak boleh dia lebih daripada aku. Aku panas hati bila orang puji dia padahal aku tahu dia memang bagus. Kalau orang compare dia ngan orang lain aku tak kisah bahkan rasa bangga. Tapi bila orang compare dia lebih bagus dari aku memang aku tak boleh terima. Kesian dia... Peliknya sem ni sekolah kitorang dekat pulak. haha... bila rancang tak dapat. bila wat relaks je dapat pulak.. semoga dia cemerlang lagi kali ni. Alah, dia tu bagus sebab ada genetik guru (nak jugak cari pasal. haha)
Semoga semester ni berjalan lancar. Aku harap aku hepi kat sekolah baru ni macam kat St Xavier dulu. Hopefully better than that. Semoga Allah bagi yang terbaik untuk aku.
Doakan aku dapat ilham untuk AR aku.
P/s: Future Biras aku dah 2 kali pregnan.. (apa perasaan aku???......)
Comments