Final semester

Penat.. penat sama macam pergi praktikum.
Kelas full sampai petang sebab kena cover subjek yang patut ajar tempoh 6 bulan compress jadi 3 minggu je. Minggu depan dah mula praktikum.

Tajuk AR dah pilih tapi tetiba pulak sama ngan senior just senior punya tak spesifik. Kira bolehla ye.. teruskan kajian.

Final year ni nak baik-baik je ngan semua kawan batch. Nanti tak tahu bila nak jumpa lagi kan. Sedih pulak bila fikir camtu. Tapi ada jugak orang yang sejak foundation sampai sekarang sama je perangainya. Tak faham betul. Study excellent tapi....

Tahun ni juga aku dapat rasa yang sistem sokongan di sekeliling makin kuat. Sokongan dari kawan-kawan tak kira la aspek akademik or peribadi memang tip top. Terbaik. Siapa tak suka bila kawan-kawan ambil berat? Angkat tangan!! hihi..

Diorang bukan je sokong bab AR yang memeningkan kepala tapi kelas even sampai petang pun rasa seronok bila ada je kawan-kawan yang buat kita rasa happy. Bab peribadi pun support habis terutamanya masalah aku yang dah gemok dan tak turun-turun berat lagi. Semua pakat bagi nasihat. Tu tanda sayang la kan? Ada yang dah nasihat untuk selepas pregnant terus. Haha... seronok.

Semoga kami semua dapat konvo sama-sama.

Aku still takut praktikum.

P/s: Bleh tak cakap kat mama nak kawen jugak sebab nak buat tesis sama-sama???

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan