Khabar hati Wirdati

Semalam rasa sedih sangat sebab takde rumet, takde Hawa, takde Asmat nak sembang-sembang.
Semua kena duduk Balik Pulau untuk praktikum.
Aku, Ina ngan Nik tak ber'rumet' untuk 3 bulan ni.
Sunyi.... buat aku sedar.
Mungkin Allah nak aku belajar untuk hidup seorang.
Hidup bergantung hanya pada Dia.
Latihan untuk posting nanti.
Macam ni pun aku dah sedih... aku terbayang dalam kubur nanti.
Sorang-sorang.



Malam tadi nak tido aku dok tengok katil rumet.
Sunyi tido sorang2.



Pagi tadi 5.30 Cik Ku tolong kejut. Dia ketuk pintu sampai aku bangun.
Terima kasih...aku kunci jam pukul 6..



Esok mula mengajar.
Aku berangan nak rehat2 dulu minggu ni. Berangan je la.
Lecturer aku pun dah buat lawatan sosial dan tetap tarikh untuk observe sepanjang 3 bulan ni.

Aku kena conduct aerobik. OMG!!!
Aku malu sesangat bab-bab ni.
Tak suka.
Segan.
Aku terpaksa untuk rela.



Aku mengajar darjah 3.
Comel kan.
Semester ni aku kena jadi fun.


Aku start ajar BI unit cerita.
Haha... tak sia-sia aku buat mikro teaching story telling.


Guru pembimbing aku dua-dua Chinese.. tapi setakat ni baik je aku tengok.
English aku tetiba berkarat dengan teruknya.


Murid-murid aku semuaaaaaaa Islam. Mula kelas baca doa.
Suke2!



Kantin sekolah jual makanan murah.


Hari kedua..


Kuatkan aku. Kuatkan aku. Kuatkan aku, YA ALLAH...


Sedarkan aku ini cita-cita aku sejak kecik.
Ini yang aku doakan lepas SPM dulu.
Jangan biar aku terbawa-bawa dengan perasaan yang aku tersilap pilih kerjaya.


AKU BANGGA JADI GURU


Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan