Tak nak tulis tajuk

Back to hostel after CNY holiday for almoat a week.
Esok bermulalah segalanya~~~

Haha... esok mula praktikum.
Aku still dalam dilema dengan tajuk AR yang tetiba je aku rasa tak meyakinkan.
Boleh pulak dalam kepala ni nak ubah kepada recreational games in math. Hm...


1st day.. masih terlalu awal untuk predict either aku kuat ataupun tidak.

Barang-barang praktikum insyaALLAH ok.
Portfolio je tak up to date lagi.
Tak mula pun lagi sebenarnya.

Sem ni aku dapat lecturer terbaikkkkkk... semoga aku dapat memenuhi kehendak dan tahap beliau.

Praktikum kali ni kali ketiga. Maknanya aku dah mengajar di 3 sekolah berbeza dan bawa seribu kenangan dan pengalaman. Sem lepas sem yang agak buruk bagi aku dari aspek subjek minor. Bila mengingatkannya rasa sakit hati. Malas nak ingat. Memang aku menangis sem lepas. Tapi bukan depan lecturer itu. Aku tak pernah menangis depan lecturer yang datang 2 kali untuk observe semata-mata itu.


Even dah 3 kali ke sekolah untuk mengajar, aku kena hati-hati sem ni sebab setiap sem pasti ada yang tumpas. Semoga aku tak termasuk dalam statistik yang akan disebut-sebut setiap kali taklimat praktikum kerana tumpas semasa praktikum tak kira lah apa pun alasannya.


Yang penting (Tips menjalani praktikum):

1. RPH daily buat.
2. Portfilio dan buku laporan up to date.
3. Pergi sekolah hari-hari dan mengajar.
4. Buat baik dengan semua cikgu. Senyum jangan putus biar kebas pipi.
5. Kerja yang disuruh buat je. Jangan banyak mulut.
6. Rajin tanya kalau tak tahu.
8. Yang ni aku agak lemah... bina repo ngan guru dan murid.
9. Jangan tahu mengajar je. Tengok jugak bidang luar kelas.
10. Be creative!

Selamat menjalani praktikum semua bakal guru!!

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan