Sejak bila jadi penakut entah

Tahun lepas pernah accident kecil dengan Mr. Someone masa on the way balik dari lunch. Since that day, saya jadi penakut setiap kali jadi penumpang yang duduk sebelah driver. Sampai hari ni pun rasa kecut je perut bila nampak kereta dari kiri kanan macam rapat ke kereta yang sedang saya naik tu. Kat Penang ni faham-faham je la orang bawak kereta macam mana. Lunch tadi masa Ina bawak kereta tangan saya kejap-kejap genggam kuat-kuat. Ina jenis cemas gak kalau saya jerit-jerit. Kang tak pasal-pasal dia halau kuar kereta so menjerit dalam hati je la. Agaknya saya patut tengok depan je masa tumpang kereta orang. Kalau tengok side mirror, simpang kiri kanan, confirm hati kecut je rasa. Hopefully dapat hilangkan fobia ni sebab time praktikum confirm kena bawak kereta Ina jugak. Kesian jugak kalau asyik dia je yang drive.

Sebut pasal praktikum, tak suka jam pagi2!  

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas