Hari Mood Main Buaian

Takde kena mengena langsung dengan buaian di taman permainan.

Kat Penang ni tengah ada PC Fair. Macam selalu lah, asal PC Fair ada je mesti aku tengah kering takde duit time tu. Mr. Someone pulak gi mesej tanya pasal pendrive 4gb yang sememangnya aku nak dari dulu tapi tak beli pun lagi. Dah tanya tu ingatkan dia dah belikan rupanya tak.

Huuuuu....terus berangin la kepala aku.

Kecewa sebenarnya. Panjang la ceritanya sampai bawak time makan. Jap. Aku makan apa eh semalam? Ha.. makan mee goreng kat nasik kandar. Merajuk pun gi jugak makan. Mana tak gemuk. Bak kata dia, awak kalau merajuk taknak makan bagai then pas ilang merajuk makan lagi banyak daripada biasa. Hoho. Teruk bebenar.

Bleh pulak la gi Mydin tengah poket kosong ni. Memang menonong je la aku jalan tak pandang kiri kanan. Dah duit takde buat pe nak belek-belek barang. Aku tak suka gi belek-belek macam nak beli tapi sebenarnya tak beli pun. Kalau ada duit aku dengan suka hati akan membelek barang-barang kat pasaran. Takde duit maaf le. Buat sakit hati je. Boleh pulak dia berhenti kat bahagian promosi kasut. Eh. Tahun ni aku kena beli kasut. Lupa lagi. Takpe, nanti duit masuk baru boleh survey barang dengan gumbira. Lalala... (duit tak masuk lagi. sigh!)

Kesian pulak tetiba tengok ada Each a cup kat kerusi masa dia suh duduk. Pandai pulak beli masa aku gi toilet. Time-time macam ni sume jadi pandai. Tak pandai wat suprise pun jadi pandai. Tapi aku kan jahat, leh plak aku condemn sebab dia beli ice blended bukan smoothie... tu pun nak jadi isu. Pas kawen sok toksahlah aku wat perangai macam ni. Taknak. Taknak. Tak baik langsung. Kena hargai setiap pemberian suami.

Alih alih dapat makan laksa terus baik mood aku. Haha.. yakinlah takkan bertahan lama selagi aku tak dapat apa yang aku nak.


Pendrive idaman





Rumet aku dah kahwin so rutin mingguan aku adalah duduk sorang-sorang menghadap dinding. Waaa... nak kahwin jugak!!!



Sape la yang rajin hias dinding ni. Harap aku idakle..




Ada lagi. Miza besfren aku since secondary school dah up status. Bakal bernikah. Hahaha... seronok kot sebab aku ngan dia banyak persamaan. Tahniah babe, doakan aku dapat ikut jejak ang soon.


Bila orang tanya "Semua orang pun dah nak kawen, kita bila lagi?"

Maka aku pun jawab "InsyaALLAH, soon."


Comments

nmS said…
comel je majuk sb pentdrive 4gb.hehehe

akhir tahun ni pun ko up status jugek..sama la kte..hehe

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas