Saat Lafaz Sakinah

Sebelum ni pernah jugak dengar lagu ni bila ada kawan-kawan yang post. Kawan-kawan yang post tu of course la yg dah kawen. Masa dengar dulu tak rasa pe pun. Rasa biasa je lagu ni. Sekarang bila dengar lagu ni meleleh jugak air mata. Tambah2 bila ayat yg bold warna merah tu. Memang menusuk ke jiwa la. Tambah pulak lagu ni macam luahan dari seorang ayah kan. Agaknya mungkin abah pun akan rasa macam ni nanti.   



Heningnya

Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu


Bahagia kami dari redhamu



Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas