Penangan Nescafe Teh Tarik free yang dapat sebab beli Domino's Pizza.
Semalam dah pukul 3.30 pagi pun terkebil-kebil sambil dengar ceramah.
So, something yang terkesan di hati yang nak share.



Perangai yang tak elok ada pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri.
1. Wanita yang banyak keluh kesah dan sering mengadu padahal dia sering menghiasi dirinya.
Merungut penat kena masak, kemas rumah bla... bla... tak buat pun. Tapi make up 24 jam sempat pulak. Takut kuku rosak kot kena kunyit.


2. Banyak mengungkit. Sering berkata tiada kebaikan yang dilakukan oleh suami.
Asyik kata dia yang banyak buat kerja berbanding suami. Dia dah buat itu ini then mempertikaikan apa yang suami dah buat. If suami pemalas memang patut la. Tapi paling kejam bila kata "apa yg saya dapat kahwin dengan awak selama ni? Tak ada apa!". Fuh.. kejam. Tapi, tu la perempuan. Bila marah tak fikir panjang. Erk! Insaf... insaf.

3. Ingin kepada suami yang lain.
Suami orang nampak baik je. Suami sendiri semua buruk. Paling teruk if jatuh hati pada lelaki lain padahal dah ada laki. Jauhkanlah...

4. Gemar pada tiap sesuatu dan paksa suami untuk belikan.
Tengok barang kat kedai nak. Semua nak. Kalau boleh satu shopping complex nak. If laki banyak duit takpe jugak. Laki tak mampu tapi paksa jugak belikan. Paksa? Merajuk tu kira paksa la kan. Insaf. Insaf.

5. Berhias sepanjang hari. Suka condemn makanan dan lebih suka makan seorang diri berbanding dengan suami.
Takde keje ke asyik berhias 24jam?

6. Selalu rasa tak cukup dengan apa yang diberi.
Pendek kata tak tahu bersyukur. 

So, bukan senang nak jadi terbaik tapi tak mustahil. InsyaALLAH..
Please guide me to be better in the future.
Ameen~

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan