Something wrong somewhere

Beberapa hari ni cepat betul bom meletup
Baru je berazam tak nak marah, tak sampai setengah jam dah berdentum.

Something wrong somewhere.

Sebab sudah dikenal pasti.

Terpulanglah kepada diri sendiri nak bertindak atau pun tidak.

Jangan sampai menyesal kemudian hari disebabkan menjunjung tinggi ego sendiri.


Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.




Wirdati,
Tiada daya upaya melainkan dengan keizinan-Nya.
 

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas