FePTra lagi.
Alhamdulillah hari ni selesai menghantar assignment Pendidikan.
Semalam macam tak cukup tangan je nak buat kerja.
Kena buat ABM Math lagi, then ada usrah, kena siapkan assignment dan persediaan untuk FePTra.
Semua berjaya dibuat.
Terima kasih, ALLAH.
Fraction Board for game. |
Masa ni tengah kelam kabut nak attend usrah. So, suruh Asmat pergi uruskan kerja dia yang lain dulu sementara saya attend usrah. Balik usrah baru sambung buat fraction. Itu pun sebelum start dah beritahu Kak Cik nak habis awal. (^_^)
Petang tadi (3.15 p.m), FePTra pun bermula.
Hasil seni memang unik. Eheh.. Boleh? Last minute sume ni. |
Pagi tadi sempat intai group lain kelolakan FePTra (Festival Permainan Tradisional). Kebetulan buat satu hari so memang mencabar la. Mesti akan dibanding-bandingkan. Tengok je persiapan tempat diorang terus rasa down. Adeh.. Ada sound system, pembahagi kawasan, papan tanda, topi seragam... Ohhoi! Persiapan kelas saya macam kureng je.
Cepat-cepat mintak Madam T*h awalkan kelas sebab hari ni solat Jumaat. Group pagi tadi buat persiapan sejak malam tadi. Kami? Kelas je dah sampai pukul 12. Solat Jumaat lagi, then pukul 2.30 dah mula. Stress!
Tempat kejadian pula sama. Mestilah nanti Madam perasan kalau ada kekurangan.
Sebenarnya rancangan program ni untuk bulan 3 nanti tapi dah drag bagi jadi awal. Kalut. Kalut. Tapi berbaloi la sebab bulan 3 ni dah start praktikum. Mana nak fikir sekolah lagi. Program maktab lagi.
So, dalam masa yang terkekang tu, kami pun set up la tempat (sampai-sampai je tengok clean and clear dah tempat tu. Padahal pagi tadi meriah dengan kumpulan yang lagi satu punya hiasan). Adil la kan. Sama-sama start from zero. Bezanya, tempoh masa untuk menyediakan tempat la.
Gelanggang tuju kasut dan tuju guli. |
Gelanggang congkak dan ketinting tak sempat nak snap gambar la pula. Sibuk. Pukul 2 baru balik bilik. Geng lelaki awal-awal dah balik sebab kena solat. Tinggal la kami geng perempuan sambung apa yang patut. Rushing sangat. 2.30 dah mula pendaftaran. Kebanyakan peserta pula non-muslim so memang punctual la (sebab? dari bilik je. Bukan dari masjid. (^_^))
Berhimpun di gelanggang congkak (m-square) |
Pengerusi program berucap. |
Mendengar taklimat + ucapan. Biasa la. |
VIP. Simple je kan. |
Permainan bermula. Kelakar betul tengok budak-budak ni main guli. Saya pun baru pertama kali faham permainan ni. |
Comel je bila tengok mereka ni main sebab baru belajar. Dapat turn jalan pun dah hoorrayy! |
Selesai je semua permainan, penyampaian hadiah dan persembahan.
Yang paling best, persembahan Jump Style la.
Semua kagum.
Saya pun seronok tengok.
Peserta dah balik so AJK pula take over gelanggang. Budak-budak ni kalau dapat main... huhu. |
Rebut. Boleh pula buat team lelaki lawan perempuan. Hek. Mestilah korang menang. Saya pemerhati sahaja. |
Walaupun program dibuat secara agak tergesa-gesa, secara keseluruhannya memang boleh dipuji.
Sebab kita sendiri yang uruskan semua.
Thanks untuk 5 MTED2 dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam menjayakan program ni.
Takde la teruk sangat.
Muzik ada. Persembahan ada. Pembahagi tempat ada. Signboard station pun ada.
Pendek kata, cukup la untuk menjayakan program.
Takde la teruk sangat.
Muzik ada. Persembahan ada. Pembahagi tempat ada. Signboard station pun ada.
Pendek kata, cukup la untuk menjayakan program.
Bak kata pengerusi, ada juga masalah tapi berjaya di'tendang'.
Yang penting, semua belajar sesuatu.
Nampak peserta pun enjoy.
Kira puas hati la.
Tapi hati pensyarah tak tahu lagi.
Uhuk Uhuk.
...
Yang ditunggu telahpun tiba!
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
BOTOL HERBALIFE YANG BARU!!! YEAY! |
Motif?
Sedang dikenal pasti.
Comments