Sedih kot!

3,4 hari ni emosi tak stabil.
Maybe sebab perubahan hormon.
Adoyai.
Kasi suntik hormon banyak-banyak. Biar emosi jadi satu je. Boleh?
Hormon pe nak suntik?
Astrogen? Testosteron? Sustagen? (erk?)

Tadi mimpi abah.
Dah lama tak mimpi abah compared to time abah baru pergi.
Time tu hari-hari mimpi.
Maybe sebab time tu saya perlu abah.
Then bila saya ada someone untuk bergantung.
Makin lama makin kurang mimpi abah.

I miss my abah.

Sometimes we need someone to talk but we don't know who.
Bila kita ada tempat nak bercakap, orang tu tak tentu faham apa yang kita cakap.
The best is kita cakap dengan DIA yang faham.

Masa dengan abah, cakap je nak apa mesti abah usahakan.
Cakap nak pergi kedai jauh beli buku (padahal ada je kedai dekat), abah bawakkan.
Walaupun abah tahu masa tu still dalam cuti Tahun Baru Cina dan kedai tu tutup.
Abah still bawakkan.
Sebab nak puaskan hati saya.

Esok mintak lagi nak beli buku catatan kat kedai tu. 
Padahal boleh je beli kat kedai lain yang bukak.
Abah tak cakap apa.
Dia bawak je. Sambil buat lawak konon-konon terlepas simpang masuk rumah.
Padahal abah memang nak bawak pergi kedai tu.
Sampai dekat kedai, tutup lagi.
Abah tahu je. Tapi bila saya mintak nak pergi abah mesti bawak.

I miss my abah.

Kalau barang keperluan saya tak ada,
mengadu hari ni.
Petang ni juga dapat.
Kalau tak mampu sebab kekangan masa, esok abah dah belikan.
Kadang-kadang bila abah leka, mak ingatkan abah.

Sedih kot.
Mana nak cari tempat bergantung macam tu?
Tak ada siapa mampu sayang kita sebaik mak abah kita dah buat.
Hilang tak berganti.
If benda-benda simple pun tak dapat nak buat, macam mana nak jadi pelindung sejati?

...
Selalu mimpi abah pergi somewhere dan akan balik juga nanti.
The truth is saya yang bakal menyusul abah. Sebab abah dah pun balik ke tempat asalnya.

Comments

bunga_lily_pink said…
rs sedey plak bace post ni...huhu
slalu jugak mimpi abah km...huhu tringat la abah hg suke wat lawak....
wirdati said…
kadang-kadang rindu tak tertahan. Semoga abah km and abah ang tenang di sana.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas