Posts

Showing posts from January, 2010

MPI 2010 berjalan lancar. Alhamdulillah..

Image
Ini post tertangguh. Tengok! Bila la mahu berubah. Tahun ni adalah tahun kedua saya terlibat dengan Minggu Penghayatan Islam (MPI). Tak sabar menunggu Festival Nasyid pula. Tahun ini saya bertugas sebagai AJK Sambutan. Menarik..menarik. Duduk di hadapan tangga. Semua orang yang kami (saya dan Fatin) nampak, semuanya kami tegur. Ini hadiah untuk lucky draw. Penat saya suruh mereka berbaris nak ambil gambar. Buah limau comel tapi lantai tak comel. (erk! ada kaitan ke?) Semuanya ada 64biji. Terkedek-kedek saya bungkus dari pukul 8 sampai 12. Terkial-kial Fatin tampal smiley... Siapa yang bertuah dan dapat, tahniah. Siapa yang tak bertuah, sila cuba lagi tahun hadapan ye. Comel tak? Yang penting ada mesej tersembunyi bagi yang melihat dengan mata hati. Smile!!! Buah limau tersenyum yang memakai riben.. Yang satu ni melompat-lompat mintak saya snap gambar dia. Tahun ini punya replika Kaabah sangat amazing. Tahniah pada yang berusaha. F.Y.I ini je gambar yang saya ada. Bukankah meny...

Singapura dilanggar todak

Image
Minggu pertama setelah mendapat elaun. Blok kediaman seperti padang jarak padang tekukur..(saya masih konfius nape tekukur?). Eh, bukan. Lebih sesuai jika menggunakan bagai pepustakaan negara. Senyap. Sunyi. Diam. Bisu. Manusia ini bangun tersangat lewat. (Subuh tak perlu khuatir. Allah syg lebih) Sumpah kalau di rumah mesti mak sudah memulakan syarahan. Silap-silap boleh kene bidasan berapi. Wah! Hebat mak saya. Sesuai untuk anak yang bertuah. Angan-angannya mengikut kawan-kawan melaburkan elaun bagi tujuan bermanfaat. (ayat sungguh tak boleh blah. Saya masih konfius apa maknanya tak boleh blah ini). Maaf kawan-kawan. Perjuangan belum selesai manusia ini sudah menarik diri. Sungguh tak boleh tahan sakit lagi. Sempat breakfast sesama je. Thanks kengkawan. Korang sangat best dan caring masa manusia ini sakit. Maaf again sebab balik awal. Pertama kali, baru sampai dah balik...Sungguh kagum melihat hasil 'tangkapan' menggunakan duit yang kawan-kawan telah lakukan. Amazing! Lewat p...
Image
Ujian apa la hari ni. Pagi-pagi ada orang yang 'bijak pandai' telah rosakkan mood saya dengan menganiaya saya. Sangat membengangkan. Tak lawak okay!!! Betul-betul rasa tak sihat sekarang. Manusia jenis ni tak tahu la ada ke tak rasa belas ihsan sesama manusia. Mencari kegembiraan melalui ketakutan dan kebimbangan orang lain. Paling sedih sekali orang yang sepatutnya jadi protector (apakah ini?) telah join sekaki menjadikan saya bahan lawak. Bukannya nak ambil berat. Menumpang sekaki menggelakkan saya. Ingat saya badut ke? Pelik betul sikap manusia yang gembira menyakat orang walaupun orang yang disakat tak gembira langsung. Macam ini ke cara mereka berkasih sayang sesama makhluk? Presentation hari ini agak teruk. Lecturer is not happy. Kena usaha lagi di masa hadapan. Hari ini kamu semua ketawa gembira dapat menganiaya saya. Esok lusa kita tak tahu macam mana kan? Demam~..

Makin slow meng'update' blog ini...

Sila salahkan server kerana sangat slow. Salahkan dia. Salahkan dia. Bukan salah saya. Server yang salah. Broadband yang salah. Laptop yang salah. Buruk betul perangai camni. Salahkan orang lain tanpa pernah berusaha melihat salah sendiri. Perlu get rid perangai ini. Gunakan Ridsect (get RID the inSECTs) -iklan tanpa bayaran. Perangai camni sama la macam serangga perosak. Merosakkan peribadi sendiri. Jadi, lepas ni sama-sama melihat peribadi menggunakan cermin. Supaya nampak salah dan silap diri. Bukan sentiasa melihat menggunakan cermin mata. Hanya nampak salah orang lain tanpa pernah melihat dan perasan silap sendiri. Ingat ye. Gunakan cermin muka. Bukan yang kecil. Cari yang paling besar. Supaya nampak secara keseluruhan. Baiklah. Saya yang salah. Bukan salah server, broadband mahupun laptop. Saya yang malas meng'update' blog ini. hehe. Suka sangat bertangguh kerja. Buruk. Buruk. Perlu get rid juga perangai ini. Semalam saya balik Taiping. Sangat rindu pada rumah dan isi rum...
Image
Setiap hari ada je benda nak tulis kat blog ni tapi selalunya tak tulis.. hehe. Cukup tak untuk membuktikan betapa saya sibuk sekarang? Sibuk la sangat. Imbas balik, apa nak cerita ye. 1. Saya seorang ahli Persatuan Puteri Islam (bagi tahun 2010 sahaja). Harga uniform + baju kerja = RM93. Sedih sebab elaun tak masuk lagi. Kali ni bukan setakat sesak, dah tenggelam dah. Lemas. Nasib baik menabung. Masa untuk korek tabung bagi menampung kehidupan seharian (ayat meraih simpati). Menyedihkan sungguh. 2. Saya nak jadi baik, tolong la jangan buat hal dengan saya sebab nanti anda tak akan suka sama saya dan saya akan bengang sama anda. Ambil yang jernih buang yang keruh. Demi kebaikan bersama. 3. Sangat pening bila kena create aktiviti bagi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Rasa gastrik dan nak termuntah!! Saya tak kreatif. Tolong!!! 4. Elaun, sila cepat masuk. Saya banyak angan-angan yang nak direalisasikan bersama anda. Ini alat bantu mengajar/ teaching aid Masa sekolah dulu saya tak g...

Double trouble

"Life without trouble is not life." Setuju? Siapa mahu masalah? Sila angkat tangan!! Saya tak mahu masalah. Masalah, sila menjauh. Kamu tak diperlukan. Masalahnya, (tengok, ayat ini pun perlukan perkataan masalah) kalau hidup ini bahagia je tanpa masalah mesti kita tak akan menghargai erti bahagia. Contoh, masa kita lapar je kita akan menghargai erti kenyang. Masa sakit kita akan mula hargai erti sihat. Masa sedih, kita akan hargai erti gembira. Masa ada masalah la kita rindukan kebahagiaan tanpa masalah. "Without trouble, I won't learn anything." Pensyarah matematik di matrik dulu pernah cakap, 'Students ni perlukan tekanan untuk bergerak secara optimum'. Harap maaf, teori ini kurang berjaya pada saya sebab tersangatlah tertekan sampai takut untuk belajar. Sampai benci math. Sampai terketar-ketar nak masuk kelas math. Betul, saya belajar. Tapi belajar untuk elak kena marah. Belajar kerana takut. Habis je semester, terus lega..taknak belajar math dah! He...

Lama tak cari pasal

Image
Gambar hiasan semata-mata. Aim for the moon and if you fall you'll fall amongst the stars Masalahnya saya selalu takut nak target tinggi2. Takut kuciwa. Huhu. Actually tak sabar menunggu result exam. Target: kan dah bagitahu dulu..malas nak cerita lagi. Masalah lagi.. kau ni budak bermasalah ke? Bila dah dapat keputusan selalu tak puas hati sebab orang dapat lebih baik. Oh, ini hati yang jahat. Perlu get rid!!! Saya berharap (macam penutup speech plak) semuanya baik semester ini. Saya mahu berdamai dengan semua orang..jadi, sama-sama bekerjasama ye. Saya manusia berego tinggi. Sama-sama usaha. Adatlah dalam hati manusia yang tak sempurna, ada dengki. Tapi kikislah perlahan-lahan. Saya masih berusaha. Ehem2: saya dah makin rajin taw.. hehe. mesti kasi tahu hal ini supaya saya sentiasa rajin.

2 tahun, 2 bulan, 2 hari...

Image
Cikgu math mula main angka. Semoga angka2 ini makin bertambah. Sanggup mengira sampai bila2..ececeh.. Semoga sentiasa happy. Amin...

Kalau nak jadi, jadi jugak..~

Agak membengangkan masa gi hospital semalam. Nampak staff kat dalam ramai je lepak-lepakan. Bukan dapat treatment pape pun. Just confirmation of condition. Apa-apa pun, Alhamdulillah semuanya ok. Get well soon okay. Rasa sangat teruk pas balik dari hospital semalam. Betul la.. Kena belajar lagi dan try the best to be the best. Sorry, I'm not perfect. Sunyi betul blok ni.. Ramai yang balik kampung. Menyesal pulak tak berkeras nak balik Bosan.....~ I feel bad. Baru kejap tadi mak tepon. Maaf mak. Along tak dapat balik. I feel bad again!!! Ni yang nak keluarkan statement 'kalau' Tak baik... Ala..nape sedih pulak ni Rasa bersalah.

Kembali belajar Biologi..yeah!!!

BIOLOGY Semester ni saya akan belajar Biologi dalam subjek berkod PJM 3106 (Pendidikan Jasmani). Ee..lama dah tinggal bio..excited la pulak. Even marks time amek blaja bio dlu tak gempak mana pun...hehe. Pas matrik baru sedar I minat Sains tapi tahu I takleh bawak subjek Sains ni. Berat sangat kot. Bertan-tan. Pakai kren pun belum tentu mampu. Okey. Selesai sudah huraian bagi perkataan pertama. PROBABILITY Kembali memeningkan kepala. Yeay!! Sem berapa ntah dulu pernah belajar probability. Sampai tahap ber'tekak' ngan lecturer. Huh! Derhaka. Tidak2 bukan derhaka. Soal jawab je sampai tertekan butang kemarahan lecturer. Sorry.. kami terlalu keliru masa itu. (ada ubi ada batas, esok anak murid bertanya janganlah nak jawab pun malas. Ok tak pantun dua kerat ni?) PENGURUSAN BILIK DARJAH Penting ni. Kena fokus betul-betul. Hehe. Padahal teori ngan praktikal bukan sama pun. Tak semua yang kita belajar leh guna di sekolah nanti. Apa-apa pun, ilmu tu penting untuk jadi garis panduan. Sa...

Menangis pada hari pertama persekolahan. Hilang keanggunan.

First day at my beloved school, i'm crying. Crying coz i'm really scared For being left alone Alone? there..lot of friends (pointing finger to all of the kids) Mak..abah..please don't leave me. "I wanna go home!!! Take me home!" Sungguh melakukan penipuan di sini apabila saya 'kecek' english to my parents..(aiyak..pencemaran bahasa) Selamat bersekolah buat adik-adik yang baru memulakan persekolahan. Terutamanya yang baru masuk darjah satu. Pelik kan. Masa tadika takde pulak nak nangis. Masa masuk darjah satu menangis sambil peluk tiang tak mahu masuk kelas. Buat adik-adik yang menangis masa first day ni, jangan rasa segan sebab manusia yang akan menjadi cikgu ini pun pernah menangis macam tu jugak. Lebih teruk lagi, parents terpaksa tunggu seminggu dalam sekolah. Teruk sungguh anak ini. Adik-adik, jangan rasa teruk. Tak salah buat parents kita menunggu sehari dua di sekolah. Tapi jangan sampai seminggu macam anak bertuah ini. Mungkin muka cikgu di sekolah ...

Semester baru bermula...

Image
...dengan mengangkut barang2 yang banyak macam nak duduk sini forever. Mujurlah ada pahlawan ber'tuxedo' putih seperti yang selalu saya lihat dalam cerita Sailormoon. Membantu perempuan yang sangat cantik ketika perempuan itu dalam kesusahan. Hehe... Wek!! Pelik betul bila kena pindah bilik setiap semester. Lebih pelik bila kena pindah blok setiap tahun. Mungkin pelajar2 di sini berhajat membina sebuah istana pasir di dalam kampus tercinta ini. Antara perkara yang menarik pada saya hari ini (menarik pada saya SAHAJA ye. Siapa tak rasa menarik sila pejam mata dan pura-puralah menyesal membaca) : ...bila saya buat pertama kalinya berjaya siap mengemas sebelum pukul 8 malam. Ter'kagum' dengan diri sendiri. ...tetiba paip air mata bocor semasa call mak dan cakap "..teringat kat umah". Padahal masa kat rumah tak sabar nak balik maktab. Mengada sungguh. Betullah kata orang 'kita hanya menghargai apabila sesuatu yang kita ada sudah tiada'. ...dalam dompet h...

Apabila bonda bersuara

Bonda sudah sound sebab kuar tak bawak handbag. Asyik bawak beg kecik yang muat-muat isi handfon dan purse. Bonda kata "Tak nampak macam cikgu." Bonda pun sound sebab asyik pakai t-shirt. Bonda kata "Kadang-kadang takpe la. Rajin2 pakai blouse." Nape tak pakai handbag? -Bukan tak pernah pakai la. Pernah je. Tapi rasa selesa lagi pegang beg kecik kat tangan. -Pas kejadian ragut yang menakutkan, jadi takut nak bawak handbag. Saya perlukan seseorang yang gagah perkasa untuk bawak handbag untuk saya. Encik? Mahu tak bawakan? (Banyak songeh, beg kau bawak la sendiri.) -Apesal la tali handbag ni tak mahu statik kat bahu. Asyik nak jatuh je. Tengok mak bawak steady je. Ni yang cemburu ni. Mak, beri saya handbag itu..Haha. -Rasa cam senget sebelah je bahu bila bawa handbag. Masalah betul. Saya mahu handbag baru, yang cantik, best dan selesa dibawa. Nak blouse jugak tau.. Nanti belikan ye...

Perjanjian budak tak matang antara 2 orang sepupu

Image
"Dah besar nanti along ngan kak na nak beli umah same2 & tinggal berdua sampai tua. Kitorang tak nak kawen" Okey...tu janji masa dua orang sepupu ni selalu bangun lambat waktu pagi. Masa kami main masak-masak kat tepi kandang kambing. Tangkap udang dalam parit, main mak-mak, main pregnant-pregnant (pelik tol..org tua selalu marah bila kami letak bantal dalam baju konon2 mengandung.) Apalah yg kami tahu macam mana pompuan leh mengandung. Yang seronok bila tengok pompuan mengandung sebab nanti dapat baby..Yeay!! Sekarang... Sorang dah nak kawen..haha..mesti dia pun dah tak ingat..Ape punya janji la.. Sorang dah ada ehem...InsyaAllah..nanti kawen jugak. I'm really happy for her.. sebab sy sangat syg dia.. Tahniah buat Siti Nurjannah Binti Zulkafli atas pertunangan anda...Nanti kalau anda mahu saya jadi pengapit pun saya sudi...(alangkah perasannya diriku..org kata kalau jadi pengapit nanti akan kawen cepat..saya nak!) Cepat2 la kawen k..sebab bertunang ni sebenarnya temp...