Singapura dilanggar todak

Minggu pertama setelah mendapat elaun. Blok kediaman seperti padang jarak padang tekukur..(saya masih konfius nape tekukur?). Eh, bukan. Lebih sesuai jika menggunakan bagai pepustakaan negara. Senyap. Sunyi. Diam. Bisu.

Manusia ini bangun tersangat lewat. (Subuh tak perlu khuatir. Allah syg lebih) Sumpah kalau di rumah mesti mak sudah memulakan syarahan. Silap-silap boleh kene bidasan berapi. Wah! Hebat mak saya. Sesuai untuk anak yang bertuah.

Angan-angannya mengikut kawan-kawan melaburkan elaun bagi tujuan bermanfaat. (ayat sungguh tak boleh blah. Saya masih konfius apa maknanya tak boleh blah ini). Maaf kawan-kawan. Perjuangan belum selesai manusia ini sudah menarik diri. Sungguh tak boleh tahan sakit lagi. Sempat breakfast sesama je. Thanks kengkawan. Korang sangat best dan caring masa manusia ini sakit. Maaf again sebab balik awal. Pertama kali, baru sampai dah balik...Sungguh kagum melihat hasil 'tangkapan' menggunakan duit yang kawan-kawan telah lakukan. Amazing!

Lewat petang, virus penyerang dah reda. Virus? Bukan-bukan. Serangan haiwan sesungut telah reda. Saya pun meneruskan niat suci seperti pagi tadi. Maknanya hari ini saya keluar sebanyak dua kali. Bukankah bosan jika duduk di bilik yang sunyi, sepi, bisu dan diam tanpa suara manusia lain? Bukankah bosan? Bukankah? Bosan tak? Tak? Saya bosan. Saya perlu keluar dari kepompong senyap, sunyi, bisu dan diam ini lalu mencari manusia, haiwan ataupun alam bagi berinteraksi secara langsung. Saya hidup berKAWAN dengan ORANG@MANUSIA. nanana

Sudah. Sudah. Malas layan manusia seperti ini. Mencari masalah dengan orang lain. Semua orang salah. Hanya dia yang betul. Isk, apa yang saya merepek ni. Siapa makan gula, dia yang terasa manisnya. Peace!

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas