MPI 2010 berjalan lancar. Alhamdulillah..

Ini post tertangguh. Tengok! Bila la mahu berubah. Tahun ni adalah tahun kedua saya terlibat dengan Minggu Penghayatan Islam (MPI). Tak sabar menunggu Festival Nasyid pula.
Tahun ini saya bertugas sebagai AJK Sambutan. Menarik..menarik. Duduk di hadapan tangga. Semua orang yang kami (saya dan Fatin) nampak, semuanya kami tegur.




Ini hadiah untuk lucky draw. Penat saya suruh mereka berbaris nak ambil gambar. Buah limau comel tapi lantai tak comel. (erk! ada kaitan ke?) Semuanya ada 64biji. Terkedek-kedek saya bungkus dari pukul 8 sampai 12. Terkial-kial Fatin tampal smiley... Siapa yang bertuah dan dapat, tahniah. Siapa yang tak bertuah, sila cuba lagi tahun hadapan ye. Comel tak? Yang penting ada mesej tersembunyi bagi yang melihat dengan mata hati.



Smile!!! Buah limau tersenyum yang memakai riben..
Yang satu ni melompat-lompat mintak saya snap gambar dia.



Tahun ini punya replika Kaabah sangat amazing. Tahniah pada yang berusaha.
F.Y.I ini je gambar yang saya ada. Bukankah menyedihkan. Saya tersangat sibuk di luar dewan menyambut tetamu. Tak sempat langsung masuk ke dalam. Sempai intai-intai je. Alangkah sedih. Berharap tahun hadapan jika masih ada rezeki saya dapat bertugas di dalam dewan.
TAHNIAH kepada semua yang TERLIBAT tidak kira secara langsung mahupun tidak.

p/s: Post kali ni banyak warna. Sila abaikan. larilari

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan