Menangis pada hari pertama persekolahan. Hilang keanggunan.

First day at my beloved school, i'm crying.
Crying coz i'm really scared
For being left alone
Alone? there..lot of friends (pointing finger to all of the kids)
Mak..abah..please don't leave me.
"I wanna go home!!! Take me home!"

Sungguh melakukan penipuan di sini apabila saya 'kecek' english to my parents..(aiyak..pencemaran bahasa)

Selamat bersekolah buat adik-adik yang baru memulakan persekolahan. Terutamanya yang baru masuk darjah satu. Pelik kan. Masa tadika takde pulak nak nangis. Masa masuk darjah satu menangis sambil peluk tiang tak mahu masuk kelas.

Buat adik-adik yang menangis masa first day ni, jangan rasa segan sebab manusia yang akan menjadi cikgu ini pun pernah menangis macam tu jugak. Lebih teruk lagi, parents terpaksa tunggu seminggu dalam sekolah. Teruk sungguh anak ini. Adik-adik, jangan rasa teruk. Tak salah buat parents kita menunggu sehari dua di sekolah. Tapi jangan sampai seminggu macam anak bertuah ini. Mungkin muka cikgu di sekolah tahun 1995 sangat garang. Cikgu-cikgu..sila layan anak murid anda sebijaksana yang anda boleh. Hehe..(kau pun belum jadi cikgu lagi..silap-silap satu kelas 'teghiak').

Kini..tahun 2010.

Anak ini sudah tidak menangis masuk kelas tanpa ibu bapa. Hehe.
Straight to the point. Saya masuk lambat kelas English hari ini. Sudahlah tadi kelas yang pertama untuk semester ni. Sungguh malu. Rosak reputasi saya. Ingatkan pensyarah itu tak mahu masuk. Sejam dah berlalu. Orang balik saya pun balik la. Boleh tak ikut macam kat matrikulasi? Students lambat 20 minit, takleh masuk kelas. Lecturer tak masuk dalam 20 minit tanpa maklumkan (maybe ada meeting or ada keje), kelas bersurai.

Tadi...baki sejam dalam kelas rasa muka sangat tebal...Benci betul masuk lambat dalam kelas! Bukan habit I okay...

Berita gembira...
My prince charming belikan I kasut kaca ala-ala Cinderella. Oho...bergurau saja. Sepasang kasut sukan baru untuk semester ini. Nampaknya keperluan pertama telah dipenuhi. Tiga jam selepas beli terus rasmikan. Hehe. Pergi bersiar-siar sama Yana. Tima kasih untuk petang tadi.

Berita menarik...
Assignment sudah menderu-deru masuk. Oh ya. Semester ni Math, I belajar statistik. Sangat menarik! Wait and see macam mana perkembangannya nanti. Dead or alive.

Tak sabar mahu melihat result semester lepas.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan