Kembali belajar Biologi..yeah!!!

BIOLOGY
Semester ni saya akan belajar Biologi dalam subjek berkod PJM 3106 (Pendidikan Jasmani). Ee..lama dah tinggal bio..excited la pulak. Even marks time amek blaja bio dlu tak gempak mana pun...hehe. Pas matrik baru sedar I minat Sains tapi tahu I takleh bawak subjek Sains ni. Berat sangat kot. Bertan-tan. Pakai kren pun belum tentu mampu. Okey. Selesai sudah huraian bagi perkataan pertama.

PROBABILITY
Kembali memeningkan kepala. Yeay!! Sem berapa ntah dulu pernah belajar probability. Sampai tahap ber'tekak' ngan lecturer. Huh! Derhaka. Tidak2 bukan derhaka. Soal jawab je sampai tertekan butang kemarahan lecturer. Sorry.. kami terlalu keliru masa itu. (ada ubi ada batas, esok anak murid bertanya janganlah nak jawab pun malas. Ok tak pantun dua kerat ni?)

PENGURUSAN BILIK DARJAH
Penting ni. Kena fokus betul-betul. Hehe. Padahal teori ngan praktikal bukan sama pun. Tak semua yang kita belajar leh guna di sekolah nanti. Apa-apa pun, ilmu tu penting untuk jadi garis panduan. Saya berdoa semoga saya dapat menjadi guru yang baik. Bukan semua cikgu pandai mengajar. Saya sendiri pernah merungut apabila dapat cikgu yang pada saya tak pandai mengajar. Eleh, macam kau tu pandai sangat nak condemn cikgu. Maaf cikgu. Semoga nanti takde anak murid yang condemn saya macam saya buat dulu. Takut2...

MENOREH HATI
Aik? Bila masa pulak ada subjek ni?
Ni bukan subjek untuk dipelajari. Ni perkara yang menoreh hati. Bukankah lebih bermanfaat jika menoreh getah? Ada juga hasilnya. Untung-untung boleh buat sebuah banglo dalam estet.
Something happened today. Rasa terkilan. Terkejut. Segala 'ter' la..
Menggeletar wat seketika.
But...
I'm still pretending everything is okay.
Dengan harapan semuanya baik-baik belaka.
Fikiran jahat mengatakan 'disengajakan'
Fikiran baik mengatakan 'masa yang elok untuk belajar'
Menyesal pun ada.
Memang la kau ni suka cari penyakit..

TIDUR
Saya memang berhajat nak kurangkan tidur. Tapi..hajat termakbul bila saya susah nak tidur sekarang. Malam-malam asyik dengar bunyi orang menukul. Ish...
Gangguan makhluk halus plak tu (Jangan salah faham..gangguan NYAMUK)
Tempat baru barangkali. Masih menyesuaikan diri.
Semoga semuanya okay. InsyaALLAH...

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas