Setiap hari ada je benda nak tulis kat blog ni tapi selalunya tak tulis.. hehe. Cukup tak untuk membuktikan betapa saya sibuk sekarang? Sibuk la sangat.

Imbas balik, apa nak cerita ye.


1. Saya seorang ahli Persatuan Puteri Islam (bagi tahun 2010 sahaja). Harga uniform + baju kerja = RM93. Sedih sebab elaun tak masuk lagi. Kali ni bukan setakat sesak, dah tenggelam dah. Lemas. Nasib baik menabung. Masa untuk korek tabung bagi menampung kehidupan seharian (ayat meraih simpati). Menyedihkan sungguh.

2. Saya nak jadi baik, tolong la jangan buat hal dengan saya sebab nanti anda tak akan suka sama saya dan saya akan bengang sama anda. Ambil yang jernih buang yang keruh. Demi kebaikan bersama.

3. Sangat pening bila kena create aktiviti bagi pengajaran dan pembelajaran Matematik. Rasa gastrik dan nak termuntah!! Saya tak kreatif. Tolong!!!

4. Elaun, sila cepat masuk. Saya banyak angan-angan yang nak direalisasikan bersama anda.


Ini alat bantu mengajar/ teaching aid

Masa sekolah dulu saya tak guna benda alah ni. Sekarang kena belajar macam mana nak ajar counting guna benda ni. Boleh juga ajar place value guna manik dan tali kasut ni. Geng2 kelas sibuk buat gelang dan rantai guna benda ni.. cikgu..cikgu. Jangan pelik nanti anak murid kita pun berfikiran macam kita jugak. hehe..

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan