Semester baru bermula...

...dengan mengangkut barang2 yang banyak macam nak duduk sini forever. Mujurlah ada pahlawan ber'tuxedo' putih seperti yang selalu saya lihat dalam cerita Sailormoon. Membantu perempuan yang sangat cantik ketika perempuan itu dalam kesusahan. Hehe... Wek!!muntah Pelik betul bila kena pindah bilik setiap semester. Lebih pelik bila kena pindah blok setiap tahun. Mungkin pelajar2 di sini berhajat membina sebuah istana pasir di dalam kampus tercinta ini.

Antara perkara yang menarik pada saya hari ini (menarik pada saya SAHAJA ye. Siapa tak rasa menarik sila pejam mata dan pura-puralah menyesal membaca) :

...bila saya buat pertama kalinya berjaya siap mengemas sebelum pukul 8 malam. Ter'kagum' dengan diri sendiri.
...tetiba paip air mata bocor semasa call mak dan cakap "..teringat kat umah". Padahal masa kat rumah tak sabar nak balik maktab. Mengada sungguh. Betullah kata orang 'kita hanya menghargai apabila sesuatu yang kita ada sudah tiada'.
...dalam dompet hanya ada beberapa keping kertas yang dipanggil nilainya dalam ringgit. Elaun..silalah masuk.

Er..esok cuti lagi kan?

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan