Monolog Dalaman

Nama pun monolog dalaman, so saya guna 'aku' la ye. Bercakap dengan diri sendiri.
Macam poyo je kan sebab post kat blog mesti ada yang terbaca.
Rasa nak simpan luahan hati kat sini untuk masa depan.
Saya suka baca balik post tahun-tahun lepas. Walaupun tak lama mana lagi tapi saya sedar ada perubahan dalam pemikiran saya.

Tak semua benda sesuai nak cerita kat orang kan?
Kalau tulis kat sini je boleh tak?
Tulis je dulu, kalau ada orang sound....cepat-cepat padam.
Heh! Boleh ye cam tu?

Bukan apa. Iman tu selalu turun naik.
Nak mula mana dulu ye...

Boleh mula ye.
Ehem. Ehem. Testing.

Assalamua'laikum hati.

Pasal hati dulu kot.
Post sebelum ni pasal ubat hati.Sebab aku sedar ada something tak kena dengan hati aku. Bila aku tak dapat kawal emosi sendiri.
Sejujur dan seikhlasnya, bukan senang nak jaga hati sendiri. Apatah lagi hati orang lain.
Tapi salah aku sendiri sebab aku tak cuba ubat hati yang satu ni.
Aku pernah terbaca, kalau baik hati maka baiklah insan tersebut.
Tapi benda-benda macam ni tak semudah lafaz 'aku akan jaga hati aku baik-baik'.
Sekali kau diuji, bam! Tumbang terus. Melayang la teori-teori penjagaan hati kau.
Malu weyh. Tapi bila kau sedar la. Kalau masa kau hanyut tak sedar memang kau tak akan tahu hati kau berdarah-darah tengah sakit.

Jodoh.
Orang kata kalau ada jodoh, semua jadi mudah.
Even kau tak ada duit pun, bila dah sampai jodoh kau... kahwin tu jadi macam petik jari.
*bunyi petik jari*. Kau dah pun kahwin.
Maknanya, kalau kau dah bercinta bertahun-tahun tapi hubungan tak halal-halal lagi... jodoh kau belum ada lagi la kan?
Antara tanda-tanda keberkatan pada seorang perempuan ialah cepat jodohnya dan murah maharnya (kalau aku salah tolong tegur taw. Tegur baik-baik sebab aku sgt fragile.).
Ada yang pandang serong konsep kahwin awal ni. Tapi bila dah berumur tak kahwin lagi pun orang mengata juga.
Yang penting, darjat orang yang dah kahwin ni up daripada yang belum.
Berkahwin tu kan menyempurnakan separuh daripada agama (sekali lagi, kalau salah tolong betulkan).
Pahala ibadat orang yang dah nikah ni berganda tau.

Amalan
Kau tahu kan Solat Dhuha tu memurahkan rezeki? Tahu kan? So?
Beruntunglah orang-orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
Nampaknya gear reverse ni perlu ditukar. Minta kekuatan sebab tiada daya upaya kita tanpa keizinan DIA.

Ingat balik.

"Dah pukul 8, boleh mula dhuha."
"Lepas Isyak buatlah witir. Malas sangat, buat 1 rakaat je pun tak apa."
"Al Quran tu ada hak dia. Kena jaga."

Dalam solat 5 waktu tu, ada solat yang paling utama tapi ALLAH rahsiakan.
Kena jaga semua.

Islam ni bukan setakat solat dan puasa je. Selalu dilaung-laungkan 'Islam is the way of life'.
Islam tu kata kerja. Bukan kata nama.

Ada yang pandang Islam berat pada ibadat dan ikhtilat (pergaulan) sahaja.
Tapi bab simple macam kebersihan dan ketepatan masa tak berapa nak jaga pun.
Memang kita tak maksum.
Hina.
Aku tak cakap kau.
Aku cakap diri aku sendiri.

Bila cakap pasal isu-isu ni ada yang jadi defensive. Aku le tu. Mula nampak buruk orang. Buruk sendiri tak nampak. Aku jugak la tu.

Prasangka.
Benda ni pun susah nak tepis.
Bila tegur orang then dia buat tak tahu. Prasangka datang.
Bila orang tak senyum balik. Prasangka lagi.
Tambah buruk bila kau prasangka lepas tu open table mengata orang.
Astaghfirullah..
Benda ni perempuan paling hebat. Sebab tu ramai golongan kita Nabi nampak ramai ada di Neraka.
Aku tak kata kau.
Aku kata aku.

Yang satu ni bukan prasangka tapi gurauan tak bertempat.
Aku tahu kamu, kamu dan kamu suka sangat bergurau dengan tujuan nak menggembirakan hati.
Tapi, kenapa mesti mengguris hati orang lain untuk menggembirakan hati sendiri?
Mentang-mentangla kau ada kelebihan dan orang lain tu ada kelemahan, sedap mulut je kau mengata orang lain tu kan.
Lepas tu kau gelak kuat-kuat.
Gembira.
Aku nak tunggu 10 tahun dari sekarang apa yang akan jadi pada kau masa tu.
Berdoalah kau tak jadi macam orang yang kau hina tanpa sedar tu.
Nabi tak ajar sakitkan hati saudara yang lain.
Mungkin kau tak sedar.
Tak apa sebab aku pun banyak buat salah.
Semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan.

Allah bersama-sama orang yang sabar.
So, once kau hilang sabar kau nak Allah tinggalkan kau?
Senyum.
Senyum.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan