Random

Tiba-tiba terlebih rajin so hari ni masak untuk lunch.
Sambal telur dan sayur kobis bunga tumis simple je.
Dapat 8 bintang compared to sardin dulu (4 bintang je).
Wah, semangat lagi nak masak macam ni.
Heeee.....(^_^)

Sebelum tu, Hijau kena masuk bengkel lagi sebab ada something wrong.
Bila drive je ada bunyi macam besi terseret bawah Hijau.

2 kali dah Hijau datang sini.
Rupa-rupanya memang betul ada besi tapi belah dalam. Bahagian mana entah bos tu cakap. Biasa la. Orang perempuan mana ambil tahu sangat pasal kereta ni. Bila sebut pun tak tahu bahagian mana.

So, biarkan tuan Hijau yang settle semua.

Cerita pasal kereta ni, saya dah cuak bawa si Putih.

1. Enjin tak boleh start masa nak balik dari sekolah time SBE kat Taiping dulu. Nasiblah sekolah dekat dengan rumah. Boleh la call mak.

2. Baru-baru ni on the road masa tengah drive enjin boleh mati tiba-tiba. Time tu hujan lebat. Wiper terus berhenti tengah-tengah windshield. Cuak kot. Dah la masa tu ada dengan adik je. Boleh pula si comel tu cakap "Tersangkut kot." Kereta tengah laju masa tu. Tak tahu la kenapa tekan brek pun macam tak makan. Tapi kereta makin slow sebab saya cepat-cepat belok masuk Giant. Takut juga kalau si Putih hentam pagar Giant tu. Alhamdulillah sempat berhenti tapi masalahnya berheni betul-betul tengah pintu gate. Maksudnya tak sempat masuk sepenuhnya. Terpaksalah saya ajak adik tolak sebab takut orang hentam belakang kereta. Hujan lebat kot.
Saya pakai macam ni tolak kereta okay! Sedih...


...

Tiba-tiba tukar cerita.

Saya pergi latihan rumah sukan Selasa tadi. Eleh, tu pun nak kecoh. Yelah, tak pernah pergi langsung! Uhuk! Uhuk!

Tapi...

Orang lari ke depan.
Saya dan akmal lari ke belakang.
Join budak-budak rumah lain.
Pastu terus balik.
Oh, jahat!
Tak nak lari. Budak laki semua tunggu kat garisan penamat.

...

Tukar cerita lagi.
Plan sejak tahun lepas nak BBQ tercapai juga.


Nasi goreng sambil tunggu tukang bakar hidupkan api untuk bara.
Hasil bakaran pertama. Hangit sedikit sebab tukang bakar belum master. Nasi goreng best.
Sedap. Sedap. Yang ni batch last kena bakar. Tak hangit langsung. Sedap sangat.
So, hasilnya saya jadi ketagih nak BBQ lagi. Lepas ni nak try lamb ribs pulak. Waaa... tak sabar!

Comments

nmS said…
nanti aku nak masak lagi power la..hhehehhehee...

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas