Tabiat pelik.

Satu kejadian di hadapan mata.
Seorang perempuan yang cantik manis dengan sengaja meletakkan cawan plastik yang layak dimasukkan ke dalam tong sampah tetapi diletakkan di tempat yang tak sepatutnya. Contohnya macam gambar di bawah.

Tangga di asrama. Credit to insan yang snap gambar ni.
Macam mana dengan tabiat macam ni ye?
Kan ada tong sampah.
Kenapa mesti jadikan 'hiasan' di tempat-tempat tak sepatutnya menggunakan barang buangan?
Basic je ni.
Sampah buang di dalam tong sampah. Kalau tinggal macam ni pun bukan ada orang lain yang boleh guna.
Mungkin niat orang tu nak wakafkan cawan penyek sisa ni sebab tu tinggalkan di tempat tak sepatutnya.

Memang betul nanti ada pekerja yang akan kemaskan tapi bukankah lebih elok kalau kita sendiri yang jaga kebersihan?
Kan bagus kalau dapat ringankan kerja orang lain dan secara tidak langsung menjaga kebersihan.

Jadi, kena reflect balik. Jaga kebersihan sama-sama ye. Jangan buang sampah merata-rata.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas