Kena marah dalam mimpi.

Sedih sangat masa bangun tidur pagi tadi sebab mimpi kena marah dengan 'bakal abg ipar'.
Ni mesti sebab selalu sangat jadi stalker. Uhuk. Uhuk.

Kan best dapat apa yang mereka dapat.
Hee... sabar je la.

Hari ni dah dapat jadual. So, confirm kena mengajar darjah 4 dan 5. Yang bestnya, kelas darjah 5 tu dah kena cop kelas 'berlagak pandai'. Ish. Tadi sempat lalu nak tengok situasi. Mak aih. Ramainya. Rapat-rapat mereka duduk. Dah mula risau sebab cikgu lama pun cakap kelas ni tak boleh dikawal. Macam mana nanti??

Papan kenyataan surau dah siap. Ok la untuk orang yang tak berseni macam saya.

PK2 nampak macam marah je tadi sebab 2 kali datang jumpa dia sebab nak minta jadual.
Salah ke? Saya just datang dan senyum je. Even dalam hati memang niat nak minta jadual.
Bukan sebab tak sabar nak masuk mengajar tapi sebab kena jumpa guru pembimbing segera.
Hope cikgu tu tak simpan dalam hati. (^_^)

Sebagai balasan, masa meeting Sabtu ni dapat 'hadiah'.
Kena bawa satu slot untuk Latihan Dalam Perkhidmatan.
Waa... nak cakap apa?
Apa?

"Ilmu kena kongsi. Jangan simpan seorang."
Betul la tu cikgu. Tapi cikgu nak dengar ke saya share pasal cara-cara ajar menambah?
Tu la yang saya master pun.
Nak share dengan cikgu-cikgu lama pulak tu.
JEM!

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan