Perlu ke kau buat macam tu???

Seorang lagi kenalan saya dah jadi isteri orang.
Tahniah buat Syazana dan suami.

Macam-macam kisah dah jadi, sedang jadi dan bakal jadi.
Uhuk. Uhuk.
Bila orang separuh hati nak bawa, saya pun dah jadi separuh hati nak pergi.
Tapi sedih juga kalau tak dapat pergi sebab ni first time kawan maktab yang duduk belah utara kenduri.
Transport pun dah ada tapi tuan punya transport pula buat separuh hati.
Sedih kot. Kalau saya ada transport sendiri, saya pergi sendiri. Tak payah menyusahkan orang.
Yelah. Kita ni menumpang je. (peh...ayatt..)

Tak best kan kalau dah plan suddenly tak jadi.
Masalahnya tak jadi tu bukan sebab betul-betul tak boleh elak tapi sebab satu pihak yang buat perangai sambil lewa.
So, tengok la macam mana nanti. Ada rezeki sampai la ke sana.
Sedih. Sedih.

...

Semalam memang meletup sebab sendiri yang cari penyakit.
Saya patut berhenti buat kegemaran yang satu tu sebab saya tak tahan sakit hati.
Kalau orang dah janji tapi dia tak buat tak ke engkau sakit hati.
Dah. Dah.
Satu hari ni dah puas buat tunjuk perasaan.
Akhirnya saya yang sakit hati.
Sudahlah.
Penat.
Kesian kat diri sendiri. Memang kesian pun. Percaya mati-mati lepas tu jadi macam ni.
Tengok. Mula lah nak sakit hati lagi.
Dah. Dah.
Ada ubi ada batas.
Ada hari saya harap saya tak balas.
Take it easy.
Dah 24jam dah.
...

Angah tak balik la cuti bulan 3 ni. Bosan betul. Mak pula dah plan nak duduk Gerik. Duduk rumah sorang le alamatnya.

Bila sakit hati macam ni rasa nak kemas bilik je. Nak lepas geram kat habuk-habuk. Nyah kau!!

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas