Kenapa di tepi jalan?

Assalamua'laikum. (^_^)

Hari ni masak sebab nak jimat.
Setakat ni alhamdulillah tak membazir lagi. Masakan semua habis dimakan.
Lauk hari ni sardin + sayur kubis bunga tumis + telur dadar.

Petang ni niat nak siapkan refleksi. Tengoklah nanti macam mana.
Rasanya minggu praktikum nanti sibuk sangat-sangat.
Harap-harap suasana sekolah sesuai dengan saya.
Semoga cikgu-cikgu di sana baik-baik.

Tadi on the way balik ternampak seorang mak cik dekat tepi bus stand. Dia bawa bungkusan plastik yang besar dan diletakkan di sebelah.
Masa saya lalu (naik kereta), saya nampak mak cik tu tengah makan nasi dari atas buskusan plastik besar tu. Mungkin dia buat macam meja sebab plastik oren tu sangat besar.
Sedih betul tengok mak cik yang dah tua makan di tepi bus stand macam tu. Tengah panas terik pula.
Sedihnya. Mesti dia lapar sangat.
Yang sedihnya kenapa mak cik tu bawa beg plastik besar seorang diri? Makan pun tepi jalan seorang diri.
Sedih betul bila tengok situasi macam ni.

Semoga Allah kurniakan hidup yang senang buat keluarga saya terutama sekali mak.
Jauhkanlah saya daripada membiarkan mak saya terbiar macam tu.

Maybe keadaan mak cik tu tak seburuk macam yang saya sangka tapi saya tak boleh tengok situasi macam tu.
Sedih.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan