Saya bukan ustazah.

Hari pertama. Alhamdulillah berjalan lancar. Memang pengalaman SBE dulu jadi pegalaman berguna. Semoga berterusan untuk hari-hari seterusnya.

Sekolah ada 1 bangunan sahaja. Tapi budak-budaknya, Ya ALLAH... sabar je la.
Buas.
Kena rotan banyak kali pun boleh buat relaks je.

Yang best kat sekolah ni, kebanyakan cikgu-cikgu baik-baik. Tak macam sekolah SBE last sem.

Minggu depan students exam.
Hurmm.. tertunda la nak masuk mengajar.

Budak 1: Eh.. cikgu baru.
Budak 2: Tu ustazah baru la. (referred to me)

uhuk. uhuk. ustazah? tak layak la dik oi.

Ustaz: Kamu pandai tulis khat tak?
Kawan 1: Tak.
Kawan 2: Tak.
Ustaz: Kamu. SMKA kan dulu? (bercakap dengan saya)
Saya: Kami sekolah Methodist ja dulu (loghat utara).
Ustaz: Tersalah tembak la pulak. Nampak labuh-labuh je. (gelak-gelak)
Saya: Ustaz stereotaip ni.

Uhuk. Uhuk. SMKA?
Taklah.. Sekolah gereja je.

Macam mana hari Rabu ni ye. Boys School mana ada Puteri Islam. Di maktab join PPIM. Ades. Kena jadi pek... la. *pengakap ayam* (dia cakap). Hurm.. kalau join TKRS pun best. BSMM pun menarik.

Hari ni tolong tengok-tengok surau sebab nak tolong ustaz sekolah tu hias papan kenyataan.
Alhamdulillah ada jugak surau kat sekolah tu. Tapi tak ada tempat yang khas untuk guru perempuan. Ada bidai penghadang sahaja.

Esok nak buat apa ye? Hurm...

Mr. Someone dah mula buat lesson plan malam ni. Saya jadual pun tak dapat lagi. Sekolah tak dapat surat yang menyatakan saya akan ke sekolah jadi tak ada sebarang persediaan untuk saya. Tak apa. At least tak kena halau macam sesetengah sekolah yang suruh kawan-kawan saya balik sebab surat tak sampai sekolah.

Sabtu ni ada mesyuarat. Welcome to the real teaching world. Kau ingat pergi sekolah, mengajar, balik? Kerja cikgu lebih daripada tu taw.

Bak kata dia, time ni lah dapat tahu either kita betul-betul serius nak jadi cikgu.

Semoga saya jadi cikgu yang baik. Amin...

Comments

nmS said…
teringin nak belajar dgn cikgu murni..hehehe..=)

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan