Ulser dan garam

Sudah 3-4 hari mulut sakit sebab ulser. Semua sebab gelojoh masa gosok gigi lepas tu berus gigi terkeluar dari landasan gigi dan terbabas ke gusi.
Mula-mula kecil je luka tapi lama-lama ulser makin merebak. Bila dah sampai nak ambil wuduk pun susah, nak kena buat something ni!
Malam tadi dengan penuh geram terus ambil garam halus then bubuh pada ulser.

Allah...

Meleleh air mata. Pedih yang amat.
Then terus tido sambil tahan gusi yang berdenyut-denyut sakit.

Esok pagi dah lega sikit. Nak basuh muka time ambil wuduk pun tak sakit dah.
Alhamdulillah.

Sebelum ni memang tak percaya.
Apa kaitan ulser dengan garam?

So, siapa ada ulser dalam mulut bolehlah try.
Sakit memang sakit masa letak tapi insyaALLAH akan berkurang.
Try ye.

Comments

Tulip said…
dah baik dah kan????

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas