Posts

Showing posts from February, 2010

Mendung, hujan. Cuaca buruk.

Image
Hari ini cuaca mendung. Lonely. Full of frustrated. Pagi tadi cerah. Friendly. Full of joy. Benci bila jadi camni. Pergi kau hujan. Pergi kau mendung. Biar hari aku sentiasa cerah. *** Dilema betul minggu ni. Semoga semua settle segera. Aku tak suka tertekan lama-lama. Leraikan perlahan-lahan...perlahan-lahan.... Teringat kisah seorang teman. Dia menganggap hidup ni memang seorang diri. "Kau sayang mak kau x?" "...." (diam) "Kau sayang adik beradik kau tak?" "....(diam) Tak rapat. Aku selalu tampar adik aku." "Kesian dia. Kau kena la sayang orang, barulah orang sayang kau" "Aku tak rasa perlu .Aku lahir sorang-sorang (maksudnya dia kuar dari perut mak dia berseorangan.), nanti aku mati pun sorang-sorang. Bukan ada yang nak temankan aku mati pon. Jadi, aku tak perlukan orang lain untuk spoil my day and my mood. Buat apa aku sayangkan orang kalau nanti aku akan tinggalkan dia dan dia akan tinggalkan aku." .......... ......... .....

Menang Cabutan Bertuah? RM 20, 000...banyak tu.

Imbas jap. Apa yang menarik tentang semalam dan hari ni. 1. Pertama kali tengok orang main bola dalam cuaca snowy (adeh, alangkah primitifnya saya). Snowy cam blog ini. Of course bukan di Malaysia. Kalau Malaysia snowy alangkah indahnya dan...alangkah seramnya. Earth is getting old. 2. Kecoh pasal barang baru yang sendiri dan kawan-kawan pakai. HAHA. Ini kebiasaan ye. Asmat & her hubby (Spek baru. Bak kata bebudak ni, 'spek couple'). Ana (baju baru. Cantik. Siap promote lagi. RM25 sepasang. Murah-murah. Order siap-siap.). Saya (tudung baru. Harga RM15. Masa beli tudung macam ni kat Komtar, warna purple untuk padankan dengan baju raya, harga yang saya kena Rm38. Cit. Tertipu sudah. Mak cik tu la. Tipu saja. Takpela..rezeki dia. Yang penting sekarang saya dah tahu tempat nak beli tudung cantik dengan harga termurah tentunya.) 3. Baru dapat mesej ni: Name: Number: +60148669746 Content: Nombor:SimCard Anda tlh terpilih dlm undian &Me- menangi Hadiah terkini,RM20,000 NO.SIRI...

Cuti dah nak habis...

Cuti 10 hari sudah tinggal 2 hari saja. Cemburu sungguh masa ini. Mula je cuti, mula la mengangkut buku-buku dan fail-fail. Konon-konon mau buat itu assignment. Huh, dusta semata-mata!! Hujung-hujung cuti macam ni baru la terhegeh-hegeh nak buat keje. Cyber Cafe pulak tutup. Mana nak print ni?? Assignment Pengurusan Tingkah Laku dan Bilik Darjah kena hantar Selasa depan. Ish..dah la tak mula apa lagi pun. Teruk betul. Bahaya ni. Silap-silap boleh kena pangkat 'student bermasalah.' Ish, tak sanggup..tak sanggup... Betul-betul kena mula buat tugasan sekarang.

Gendang gendut tali kecapi...kenyang perut makin gendut,

Image
Baby makan tembikai? Tembikai dimakan oleh baby? Tembikai. Baby. Oh...manisnya.. Saya sudah kenyang. Bukan makan tembikai. Makan makanan mee rebonding lagi buat kali yang.... tak terkira. Bosan. Saya baru tahu ada cerita bersiri kat tv tu cerita buatan Israel. dan dilakonkan olah orang-orangnya. Sebelum ni tak perasan langsung. Baru-baru ni ada disebut-sebut tentang Yahudi dalam cerita tu. Semalam. Nampak bendera Israel dalam cerita tu. Slow sangat saya ni. Bila dah tahu macam tu rasa tawar hati dah nak tengok. Tengok tajuk cerita tu pun dah rasa tak gembira. Tak sabar nak pergi tempat ini. Dulu masa matrikulasi dah pernah pergi sekali. Nak pergi lagi buat kali kedua. Sungai Petani dengan Alor Star jauh tak? Boleh tak kalau tak pergi SP tapi pergi Alor Star? Pictures from google.

Buat-buat pandai okay.

Image
Berkat kebosanan makan terwujudlah makanan ini bagi mengisi perut yang turut bosan. HAHA. Saya buat macam ni: Panaskan 3 sudu minyak masak. Panaskan dalam kuali. Jangan panaskan guna cerek. (cubaan membuat lawak. Tak lawak OKAY!). Potong dadu satu labu bawang besar. Campak je dalam minyak yang dah agak panas tadi. Kacau sampai naik bau, masukkan daging cincang. Agak-agak la nak makan bape banyak. Jangan sampai sekilo okay. Ni hidangan 2 org je. Table for two. Oh..romantik... Kembali ke dapur. Masukkan 1/3 sos pasta tradisional Prego. Saya guna yang dalam botol kaca tu. Tambah air. Campak la garam, gula dan perasa. Jangan biar sampai kering. Kering sikit takpe. Jangan kering banyak. Adoi. Apa ini? Masuk bunga kobis dan kacang panjang yang dah siap potong. Jangan masuk yang belum potong lagi. Demi kebaikan bersama, baik potong dulu. Baru mak mertua sayang. Oh, mother in-law..sayang la menantumu ini. Amin. Tunggu kejap sampai sayur masak. Letak Cili potong dan serbuk lada hitam. Masuk ju...

Love driving... don't prefer riding.

Benci betul bawak motosikal. Bukan angkat motosikal itu. Riding. Macam mana nak bawak motosikal atas bahu. Tunggulah nanti bila saya dah jadi wonderwoman (apekah?). Sudah. Ni semua gara-gara bosan. Sanggup pergi kedai malam-malam semata-mata nak cari barang nak masak spegheti. Bila nak masak tak tahulah. Macam ape je bila tunggang motor. Semalam terlajak press minyak. Sampai terlupa brek kat mana terus tahan guna kaki. Nasib baik tak laju. Aish..merosakkan kredibiliti sungguh. Hari ni pulak terlupa angkat tongkat. Terseret-seret. Berbunyi-bunyi. Yang membengangkan ada pulak orang yang wat bunyi sama cam bunyi tongkat terseret tu. Dah. Dah. Saya dengar la. Tongkat motor saya berbunyi sebab sakit terseret. Kau tu kenapa? Terseret jugak ke? Kalau nak tolong angkatkan tongkat motor ni takpe la jugak. Aish..malu lagi. Tak nak dah naik motor. Kereta takde tongkat. Takde la terseret-seret. Kau yang berbunyi tadi. Kau tunggulah nanti aku lalu kedai kau drive kereta. Memang aku tak reti bawak m...
Kehidupan selepas perkahwinan... Thanks to Youtube. Sangat sweet.

Rumah Manis Rumah...(Home Sweet Home)

Image
Tarikh: 13 Februari 10 (orang kata ini bulan kasih sayang. Padahal setiap hari pun patut berkasih sayang) Lokasi kejadian: Rumah gula-gula (sebab dia manis= sweeeeeeet) Secara rasminya saya berada di Taiping. Eceh..rasmi? Baru pulang sudah ditinggal pergi. Mak dan adik ke Gerik sampai Isnin. Angah kerja. Saya? Menjadi penjaga rumah terhormat. Tak pe. . Tapi hidup di rumah lagi menarik. Ada Astro.. Ada dapur..ada mesin basuh..ada perabot.. Pendek kata macam-macam ada..(tengok! betapa saya mudah dipengaruhi Astro!) Saya cuba untuk melepak menonton tv dan ber'online' sahaja. Tetapi ternyata tumpas dengan perasaan bosan. Mengambil keputusan untuk........ Rearrange Furniture!! Okay, ini situasi semasa kejadian. Masa: 4.30 petang Situasi selepas kejadian. Masa: 6.30 petang. Tak la bagus macam Eric (Casa Impian) tu hias. Sesuai la dengan saya yang takde basic interior designing + tak kreatif. Boleh la setakat nak hias rumah sendiri. Future husband. Lihat. Saya boleh kemas rumah. Say...

The Perfect Man... (My 60th post) ~

Image
Malam tadi ialah malam Sabtu. Malam yang hujan dengan lebat. Malam menonton movie. sendirian Sambil makan buah limau dan roti Gardenia. Semestinya bukan sebuku. Makan ke melantak manusia ini kalau dah sampai sebuku?? The Perfect Man Cerita tentang seorang anak (Hillary Duff) yang mereka (kata akarnya= reka) kewujudan seorang lelaki yang sempurna bagi seorang perempuan untuk menggembirakan ibunya (single parent). Komen: 1. Kagum dengan kesungguhan Hillary untuk menggembirakan ibunya. Hantar bunga orkid ke rumah sendiri. Konon-konon ada seorang secret admirer yang beri pada her mum. Sending e-mails to her mum as the perfect man. Give present. Patut dicontohi sikap ini. Terfikir jugak. Apa yang saya buat untuk gembirakan hati emak. 2. Apabila dalam keluarga tiada lelaki, rasa macam tak lengkap. Of course la lelaki yang diperlukan tu kena bertanggungjawab dan baik. Soleh terutamanya. Baru family tersebut jadi kuat. At least ada seorang anak lelaki pun dah cukup. Credit to Google. 3. It i...

Tak peduli atau tak kisah??

Image
Credit to Google Kalau dulu aku bengang, Sekarang aku tenang... Kalau dulu aku marah, Sekarang aku tak kisah... Kalau dulu aku sayang, Sekarang itu dah hilang... Aku rasa kau bahagia, Lebih bahagia tanpa aku bersama, Aku rasa kau benci, Bila aku di sisi... Aku tahu kau bosan, Bila aku berdekatan... Aku harap kau tidak mencari, Kerana aku patah hati... Aku rasa kau tak hargai, Puncanya cuma kau sahaja yang ketahui.

Jangan marah

Image
Picture googled. Susahnya menahan marah. Tambah-tambah orang yang short-tempered macam manusia ini. Apabila marah, mangsa (mangsa? Adakah anda yang membuatkan saya marah dikategorikan sebagai mangsa? Mangsa kemarahan barangkali)...mangsa akan kelihatan sangat kecil. Huhu.. Horor sebab manusia ini akan menjadi gergasi dalam imaginasinya. Saya mahu menjadi penyabar. Sungguh! Sangat mahu. 1. Masalahnya hati tersangat panas. Bila rasa marah, rasa nak settle time tu juga. Padahal perkara yang sepatutnya dilakukan ialah menjauhkan diri dari situasi yang menyebabkan kemarahan datang. 2. Diam. Sebab ketika marah setiap butir perkataan yang keluar hanyalah amarah semata-mata. Sekadar memuaskan hati dan menyakitkan hati orang lain. 3. Ambil wudhuk dan solat. Perkara ni mudah cakap tapi praktikal tiada. Tak mengapalah. Lain orang, lain ragam. Patut cuba dahulu. Jika marah tak hilang semasa berwudhuk atau semasa solat, mungkin marah akan hilang selepas solat. Usaha dahulu. 4. Orang yang paling kua...

Cerita tanpa tajuk

Image
Mother and baby...connected Kenapa saya sayang mak saya? 1. Sebab saya baby yang kuat nangis. Pantang kena tinggal mesti nangis. Pantang mak nak makan mesti nangis. Asal malam je nangis. Kesian mak saya. Tapi mak saya baik sebab dia jaga saya sampai saya berumur 22 tahun. =) 2. Mak saya tak pernah lupa bekalkan saya dengan makanan bila saya nak balik ke maktab. 3. Mak saya faham hati saya dan suka orang yang saya suka. 4. Mak saya yang terbaik. Sebab dia yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan saya. 5. Terlalu banyak sebab kenapa saya sayang mak saya... Tak tersenarai rasanya jika dihurai satu persatu. Paling penting, saya sayang mak saya sebab mak saya banyak berkorban untuk saya. Saya akan rajin-rajin doakan mak sebab saya sayang mak... Ayat macam budak sekolah tadika je kan?? Benarlah kata orang kanak-kanak tak pernah berbohong (jika betul didikan diterima). Ayat budak-budak ni ikhlas dari hati. Jadi, biarlah saya menggunakan ayat budak2 andai itu dapat menggambarkan keikhlas...

KEKASIH HATI.

Image
Gambar ni Nur Najwa Syamira (adik yang bongsu) yang edit. Rasa macam comel pulak. Cuma someone is missing here. Love all of u. Sayang abah jugak. Ampun maaf sebab along tak sempurna.

Selsema dan gatal mata. Tanda-tanda resdung. Betul ke?

Beberapa hari ni asyik bersin je. Pantang berubah cuaca, suhu badan pun berubah. Oh badan...alang-alang panas kejap-kejap, biar demam sungguh-sungguh. Boleh apply mc. Antara nikmat yang sering kita lupa ialah nikmat sihat. Apabila sakit barulah ingat..'kalau sihat mesti best blaja. mesti best jalan-jalan. bla..bla..' Bosan betul duduk dalam bilik. Senyap. Sunyi. Diam. Bisu. (even ada je homework, coursework etc...) Apa nak tulis ni. Semua nak tulis. Akhirnya, apa-apa pun tak tulis. Haha. Hari ni rezeki murah. Alhamdulillah. 1. Chocolate Indulgence SR 2. KFC Both dapat melalui Hawa. Haha. Inilah namanya rezeki datang bergolek2 sampai tertiarap depan mata lalu masuk ke dalam mulut dan perut. Alhamdulillah. Thanks kepada insan yang murah hati itu. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Ei..tak mahu bermusuh. Semoga Allah yang sangat baik mengurniakan saya hubungan yang baik sesama manusia. Hilangkanlah rasa sakit dalam hati ini. Agar saya mampu mengasihi saudara-saudara saya ...

Kemaafan yang terindah

Image
Sejujur, seikhlas dan dengan rendah hatinya, saya memohon maaf atas salah dan silap saya. Saya cuba yang terbaik tapi saya tetap seorang manusia yang tak sempurna. Maaf... Pagi tadi saya ada terbaca berkenaan 'Bahasa Lelaki & Wanita'. Fakta yang saya dapat daripada buku tersebut ialah: Bahasa perempuan menggunakan: - lebih banyak jumlah perkataan berbanding lelaki. - lebih banyak kata penekan seperti sangat , amat dah terlalu . - soalan ekor seperti "cantik, kan ?" - bahasa lembut - bahasa berlapik-lapik ( keadaan ini menyebabkan perempuan sukar dimengerti. Betul ke??? ) Bahasa lelaki terkandung: - kesilapan nahu - kata carut - bahasa slang - agresif Ini bukan saya yang reka. Ini dalam buku yang tulis. Jika anda perempuan, adakah anda perasan bahasa yang anda gunakan?? Jika anda lelaki, adakah benar fakta tersebut?? p/s: Jika bicara itu perak, maka diam adalah emas. Tapi perlukah kita sentiasa diam? Perlu sesuai dengan masa, tempat dan situasi. Jangan senyap sa...