Kemaafan yang terindah


Sejujur, seikhlas dan dengan rendah hatinya, saya memohon maaf atas salah dan silap saya.
Saya cuba yang terbaik tapi saya tetap seorang manusia yang tak sempurna.
Maaf...

Pagi tadi saya ada terbaca berkenaan 'Bahasa Lelaki & Wanita'. Fakta yang saya dapat daripada buku tersebut ialah:

Bahasa perempuan menggunakan:
- lebih banyak jumlah perkataan berbanding lelaki.
- lebih banyak kata penekan seperti sangat, amat dah terlalu.
- soalan ekor seperti "cantik, kan?"
- bahasa lembut
- bahasa berlapik-lapik (keadaan ini menyebabkan perempuan sukar dimengerti. Betul ke???)

Bahasa lelaki terkandung:
- kesilapan nahu
- kata carut
- bahasa slang
- agresif

Ini bukan saya yang reka. Ini dalam buku yang tulis. Jika anda perempuan, adakah anda perasan bahasa yang anda gunakan??

Jika anda lelaki, adakah benar fakta tersebut??

p/s: Jika bicara itu perak, maka diam adalah emas. Tapi perlukah kita sentiasa diam? Perlu sesuai dengan masa, tempat dan situasi.

Jangan senyap sampai lupa berinteraksi sesama makhluk ALLAH. Antara ciri-ciri penghuni syurga ialah menyebarkan salam...
Paling penting....SENYUM!!!

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan