The Perfect Man... (My 60th post) ~

Malam tadi ialah malam Sabtu. Malam yang hujan dengan lebat. Malam menonton movie.
sendirian sendirian Sambil makan buah limau dan roti Gardenia. Semestinya bukan sebuku. Makan ke melantak manusia ini kalau dah sampai sebuku??

The Perfect Man

Cerita tentang seorang anak (Hillary Duff) yang mereka (kata akarnya= reka) kewujudan seorang lelaki yang sempurna bagi seorang perempuan untuk menggembirakan ibunya (single parent).

Komen:

1. Kagum dengan kesungguhan Hillary untuk menggembirakan ibunya. Hantar bunga orkid ke rumah sendiri. Konon-konon ada seorang secret admirer yang beri pada her mum. Sending e-mails to her mum as the perfect man. Give present. Patut dicontohi sikap ini. Terfikir jugak. Apa yang saya buat untuk gembirakan hati emak.

2. Apabila dalam keluarga tiada lelaki, rasa macam tak lengkap. Of course la lelaki yang diperlukan tu kena bertanggungjawab dan baik. Soleh terutamanya. Baru family tersebut jadi kuat. At least ada seorang anak lelaki pun dah cukup.


Credit to Google.

3. It is not easy to be a single parent. Bukan mudah juga bagi anak-anak. Sebab anak-anak cuma ada ibu mereka dan ibu mereka cuma ada anak-anak.

4. Apa yang saya tak setuju? Perkara yang sering kita dengar. 'Matlamat tak menghalalkan cara'. Walaupun tujuan Hillary untuk menggembirakan ibunya, dia tak patut menipu.

5. Quote menarik: Apabila kita sudah menipu buat kali pertama, kita akan terpaksa menipu lagi untuk memastikan perkara pertama tadi tidak terbongkar. Kita akan terus-terusan mencipta penipuan bagi memastikan penipuan asal terjaga. Jadi, TOLONG JANGAN MENIPU. Jujurlah walaupun perkara itu menyakitkan. (Fuh, pandai je kau!)

6. Sayangi keluarga anda!!! Walaupun sebagai manusia, hati kita akan berkata 'Kan bagus kalau parents aku macam ni.', 'Kan bagus kalau anak-anak aku baik, rajin macam anak-anak dia' bal..bla.. Berbagai-bagai kalau lagi... Sewajarnya kita menghargai apa yang ada. Setiap ahli keluarga tak kira ibu, bapa dan adik-adik, masing-masing mempunyai keistimewaan masing-masing. Inilah anugerah dari ALLAH buat kita. Jaga sebaiknya.

p/s: Mahu bina keluarga sendiri..One fine day, insyaALLAH.. jadimalu2

Comments

Tulip said…
waaa...kita pun dah tgk cter nie..betul..cara yg salah..huhu

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan