Jangan marah

Picture googled.

Susahnya menahan marah. Tambah-tambah orang yang short-tempered macam manusia ini. Apabila marah, mangsa (mangsa? Adakah anda yang membuatkan saya marah dikategorikan sebagai mangsa? Mangsa kemarahan barangkali)...mangsa akan kelihatan sangat kecil. Huhu.. Horor sebab manusia ini akan menjadi gergasi dalam imaginasinya.

Saya mahu menjadi penyabar. Sungguh! Sangat mahu.

1. Masalahnya hati tersangat panas. Bila rasa marah, rasa nak settle time tu juga. Padahal perkara yang sepatutnya dilakukan ialah menjauhkan diri dari situasi yang menyebabkan kemarahan datang.

2. Diam. Sebab ketika marah setiap butir perkataan yang keluar hanyalah amarah semata-mata. Sekadar memuaskan hati dan menyakitkan hati orang lain.

3. Ambil wudhuk dan solat. Perkara ni mudah cakap tapi praktikal tiada. Tak mengapalah. Lain orang, lain ragam. Patut cuba dahulu. Jika marah tak hilang semasa berwudhuk atau semasa solat, mungkin marah akan hilang selepas solat. Usaha dahulu.

4. Orang yang paling kuat antara kamu bukanlah orang yang kuat fizikalnya tetapi orang yang dapat mengawal kemarahannya.

Renung2kan dan selamat beramal................. =)

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan