45 or 60?

Take positive when you are reading this post. This post is based on my life experience. Just to share my opinion. 


Me in 2005 with one of my good friend. I'm so chubby. Hehe. Not the point okeh.

Me in 2009 with my beloved sister. One of my best friend ever!
 
46 dan 60?
Apa ye?
Saiz seluar?
Berat badan?
Tidak...
 
45 dan 60 yang menjadi tajuk di atas merujuk kepada bidang tudung. Ada juga bidang 35 rasanya. Just nak share kenapa saya pilih tudung bidang 60. Saya mula tukar bidang tudung semasa di Matrikulasi Kedah pada tahun 2006.  
 
Kenapa?
 
-  Saya nampak perempuan yang bertudung labuh kelihatan cantik.

- Rangka badan saya besar, saya rasa tudung bidang 45 yang saya pakai sebelum ni tak cukup untuk cover my body.

- Lepas try pakai tudung bidang 50, rasa a bit comfortable sebab rasa terlindung. Apabila dah get use barulah saya berubah ke bidang 60 dan alhamdulillah sampai sekarang. Semoga berterusan. InsyaALLAH..amin..

- Rasa lebih yakin dan selesa. 

Pendapat dan pandangan saya:  
 
- Nak bertudung bidang berapa pun tak kisah. Asalkan bertudung dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditentukan syarak. Itu kewajipan sebagai muslimah. Dalil pun ada di dalam al Quran. So, saya pelik macam mana ada orang yang boleh cakap pakai tudung ni tak diwajibkan dalam Islam. 

-Tak salah nak berfesyen. Sejujurnya saya pun tak pandai sangat bab-bab fesyen ni. Tapi Islam tak hadkan kena pakai tudung apa. Jenis kain mana. Harga berapa. Yang utama, melabuhkan tudung menutupi dada dan tidak jarang.

-Nak pakai selendang? Boleh. Silakan. Tapi lilit biar labuh menutup dada. Fabrik pun jangan jarang sampai menampakkan leher. If lilit sampai tak nampak bayang leher xpe. Teruskan. Tak salah nak berfesyen. 

-Bertudung labuh tak semestinya baik. Bertudung pendek tak semestinya jahat. Betul! Terpulang pada individu untuk menilai. Tapi jangan letakkan andaian negatif terhadap sesama saudara kita. Jangan salahkan tudung kalau pemakainya tidak baik. Bukan salah tudung. Attitude si pemakai yang perlu dipersoalkan. Jangan pula cakap "Baik tak payah pakai tudung kalau perangai macam tu."
Bertudung adalah satu kewajipan. Tuntutan dalam Islam. Berakhlak mulia juga adalah tuntutan agama. 
 
Sebagai analogi (maaf jika tak kena), dalam seminggu nak minum je tapi tak nak makan. Nak minum je. Boleh kan? Lagi satu, nak makan je tapi tak nak minum selama seminggu. Boleh? Boleh. Tapi badan kita boleh berfungsi dengan baik tak kalau kita pilih salah satu? Akhirnya badan rosak. Makan itu keperluan badan. Minum juga keperluan badan. Boleh pilih salah satu tapi kelak merosakkan diri. Alangkah baik jika kedua-duanya dipilih. Mungkin ini analogi yang teruk. Hopefully dapat tangkap maksud saya ye. 

 
Last but not least,
 

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}

Comments

Misz ZeEE_Z0nE said…
suke.. suke tjk n penjelasannye sekali.. nmpknye bm ko msh x terjejas penggunaannya.. hehhee
wirdati said…
cit..ko nak kutuk aku eh.. haha
Thanks.puan fatimah di hatiku. mana ley lupa pe yg dia ajar. huhu
Misz ZeEE_Z0nE said…
aii.. terase ke yunk?? hahaha..
farisha assila said…
hye jiran ;)

suke post ni.
sbb kte ad the same xperience.
sbb y hmpir same. :)
wirdati said…
hye jiran.. semoga kte terus istiqamah.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan