Tag men'tag'...first time ni kena tag. HAHA. Excited ke?

Saya telah ditag oleh ex-rumet saya, Yana.. huhu. Baru perasan ni la blog dia yang sebenarnya. Sebelum ni penah ber'blog' walking kat blog dia tapi lepas tu saya dah malas ber'blog walking'. Maybe saya patut ber'blog jumping' huhu...

Below are the answers:

1. Adakah anda merasakan anda hot?
Hot? Jap gi amek termometer sukat suhu. Normal je. Hehe.. 
Quite a hot-tempered person. 
Kalau definisi 'hot' yang bermaksud cun melecun dan mengancam keselamatan awam tu, itu bukan saya. Harap maaf. Sila cuba sekali lagi.
'Hot and spicy'! I like.. Hehe. Sudah! Berhenti!

2. Upload wallpaper pc/laptop anda gunakan skrg
Ish.. quite confidential la..hehe. Sorry saya memilih untuk tidak upload wallpaper saya. Ada perjanjian yang perlu dipatuhi. 

3. Cerita pasal gambar ini
Wallpaper di atas ye? Gambar yang diambil oleh adik kesayangan semasa pergi ke Taman Rama-rama di Pulau Pinang.
 
4. Kali terakhir makan pizza
Hmm..tarikh tak ingat tapi masa SBE lepas di Melaka. Makan bersama-sama 
Siti Hawa, Noraini dan Asmat. Ditaja sepenuhnya oleh orang kaya, kak Norni,
my beloved, ex-rumet. 


5. Lagu terakhir anda dengar
Amani oleh Amar. Sangat sweet... lagu yang dicipta untuk isteri kesayangan. Agak termotivasi.


6. Apa anda buat sambil menyelesaikan tag ni
Tak ada buat apa. Selalunya memang tak akan buat apa-apa semasa menaip post.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama ape?
-Along, Cik Yat, Cuk!

8. Tag 5 org yg anda nk tag
Saya nak tag sesiapa saja yang baca post ini sampai ke perkataan INI. Anda telah di tag ye.

Okeh..saya telah delete soalan seterusnya sebab ramai kot yang telah ditag. Haha..Perasan la tu, ingat ramai sangat ke yang baca blog kau! Huhu...

Nota kaki: Thanks for tagged me!

Comments

Misz ZeEE_Z0nE said…
wei.. pe yg ko merapu sowg2 kat ats tue?? hahahaha.. ni bile exam nie??
wirdati said…
merapu mengurangkan tekanan. haha
exm agi 2 minggu ler.. hehe

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan