Golden Rules... something yang tak diterapkan semasa bersekolah dulu.
Golden Rules
- Treat other people with kindness and respect
- Be a good listener
- Be honest at all times
- Be confident! take part! have a go!!!
- Put your hand up if you want to say something
- Be positive
- Keep the classroom tidy and respect the class equipments
- Work hard and try your best
Tadi saya baru je tengok video cara mengajar matematik. Video ni tunjuk cara-cara mengajar matematik secara students' centre. Something interesting have grabbed my attention. Board dalam kelas tu ada pamerkan Golden Rules. Mula-mula tengok mat saleh (not my tutor En Mat Salleh ye), pelik tengok budak-budak kat sana sangat sopan masa belajar. Tak ada bising-bising unless discussion. Itupun terkawal. Semasa cikgu bertanya, mesti ada yang angkat tangan. Kenapa ye? Kalau di sini, masa cikgu tanya berapa ramai yang angkat tangan? Bila cikgu suruh cuba, berapa ramai yang nak cuba?
Suddenly saya nampak Golden Rules. Owh, patutla anak-anak orang putih camni. Diorang dilatih macam tu rupanya. Maybe masa saya sekolah dulu perkara ni tak ditekankan. So, hopefully I can make my class active in learning by using the Golden Rules.
Beberapa perkara penting yang nak ditekankan. PUSH!
1. Treat other people with kindness and respect
Berapa ramai budak yang faham erti kebaikan dan hormat? If the student give the wrong answer, surely there are another friends who will laughing their friend. Mestilah self-esteem student tu akan turun. Lain kali bila cikgu suruh jawab, mulalah cari laci meja nak sorok kepala. Macam la cikgu tak nampak badan besar yang ada kat luar. Macam ostrich (burung unta). Takutkan orang, kepala disorok dalam tanah. Yeay! tak nampak orang dah. Selamat.
Ajar anak murid layan cikgu dan rakan dengan baik dan penuh rasa hormat supaya tak ada kawan yang jadi macam ni.
2. Be a good listener
Ada tak budak-budak yang sibuk nak bercakap masa kawan lain tengah bercakap. Lagi teruk, sibuk bercakap masa cikgu tengah bercakap. Bila suruh bercakap terus senyap. So, penting bagi cikgu terapkan dulu kepentingan mendengar. Mendengar ni penting untuk mengumpul maklumat. Kalau semua orang bercakap, siapa yang nak dengar??
3. Be honest all the times.
Orang tua-tua cakap budak-budak ni jujur. Em..mungkin budak-budak dulu. Budak-budak sekarang ada juga yang pandai buat cerita. Kejujuran tu penting ye. Supaya mendapat kepercayaan. Cikgu pun senang mengajar kalau budak-budak jujur. Kalau tak faham, cakap tak faham. Jangan bila cikgu tanya "Faham tak?"...Semua pun pakat jawab "Faham...!". Cikgu bertanya untuk kepastian either budak faham atau tak pelajaran hari itu. Bukan untuk menerima jawapan faham sahaja. Ingatkan murid. JUJUR sepanjang masa. Ini pun dapat kurangkan masalah disiplin. Kalau ada budak yang cakap tak faham. JANGAN MELENTING! (pesanan untuk diri sendiri. I'm quite a hot-tempered person).
4. Be confident! Take part! Have a go!!
Ajar budak untuk ambil bahagian dalam sesi P&P. Cikgu kena kreatif rancang aktiviti yang boleh menarik minat budak untuk ambil bahagian. Kalau asyik menyalin dari papan hitam (sekarang white board. Terbaru, interactive white board) je, macam mana nak take part?? Kreatif.. ish.. susah.
5. Put your hand up if you want to say something
Pengalaman masa Pengalaman Berasaskan Sekolah:
Time exam. Budak bangun berjalan menuju ke arah saya untuk bertanya sesuatu. Ish! Tak terkawal kelas. Class control! Seorang dua datang tak apa la. Dah sampai empat lima orang. Tak ke haru? Ajar anak murid angkat tangan bila nak cakap apa-apa. Cikgu pun jangan la buat-buat tak nampak budak tu angkat tangan. Kesian. Dah angkat tangan? Mulut tutup. Bila cikgu suruh cakap baru cakap. Ini macam lalat. Tangan angkat mulut dah cakap. Maka peninglah cikgu dengan suara-suara budak. Tak tahu nak dengar yang mana satu.
6. Be positive
Yang ni penting. Kalau budak jawab soalan salah, jangan condemn. Puji untuk keberanian mencuba dan betulkan kesalahan. Jangan jadi negatif. Cikgu pun kena positive thinking. Apa kau dulu lahir-lahir dah bijak ke? Kalau ye, Alhamdulillah. Learn from mistake ok. Bila salah, budak akan belajar. Ingatkan kawan-kawan mereka. Tak apa buat salah tapi lain kali jangan ulang kesalahan.
Best golden rules ni. Tapi yang penting budak kena patuh. Cikgu pun kena pandai terapkan. Good luck for me!!
Comments