Apabila idea tersekat-sekat.

Banyak benda nak tulis sebenarnya tapi banyak gak benda yang difikirkan sampai akhirnya tak tulis apa-apa. Persoalan dan jawapan penting untuk hari ni:

Soalan:

Apa beza takutkan manusia dan takutkan ALLAH?

Jawapan:

Apabila kita takutkan manusia, kita akan menjauhkan diri dari manusia tersebut tetapi semakin kita takutkan Allah, semakin kita dekat denganNYA.

Soalan:

Apa bezanya meminta pada manusia dan meminta pada ALLAH?

Jawapan:

Minta pada manusia sekali dua masih okeh. Minta tiap-tiap hari? Mahunya kena sumpah. Huhu.
Semakin kita meminta pada ALLAH, semakin DIA sayang pada kita. Meskipun begitu ini tidak membuktikan bahawa ALLAH memerlukan kita meminta kepadaNYA. DIA tak perlu pada kita. Kitalah yang sentiasa meminta pada DIA tetapi ego kita yang menyebabkan kita sombong untuk meminta padaNYA. Mintalah dan akan DIA kabulkan.


Nota kaki: Fitrah manusia itu perlu kepada Tuhan, larilah jauh mana pun, akhirnya kita akan kembali mencari DIA.

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan