Posts

Showing posts from 2010

Bye Bye 2010

Image
2011 akan tiba. Semoga tahun 2011 menjadi tahun yang lebih baik berbanding 2010. Macam biasa, azam tahun baru nak belajar bersungguh-sungguh. Aik? Selama ni tak cukup bersungguh ke?  Tahun depan tak boleh boros-boros dah. Kena jimat. Beli apa yang patut. Makan apa yang perlu.  Semoga saya lebih matang. Kena lebih sabar. Tak mau cengeng-cengeng dah taw. Tahun ni nampaknya ramai kenalan yang bertukar status. Ada yang dah jadi tunangan orang. Ada yang dah jadi isteri dan suami orang. Ada yang dah jadi ibu. Congratzzz.... Pas ni nak rajin-rajin update blog sebab satu ari nanti mesti saya akan baca balik. Pastu kata dalam ati? Aik? Aku ke yang tulis macam ni? Dalam kelas taknak berangan-berangan ala-ala princess dah. Nak berpijak di bumi yang nyata. Taknak dah hujan bila kena marah. Nak senyum je. Meh sini 2011. Datang jangan tangan kosong. Bawak cinta, kebahagiaan dan keberkatan banyak-banyak. Bawak kejayaan supaya tempoh 2 tahun yang bersisa ni jadi kenangan ...

Hate being alone

Tak sampai 24 jam pun duduk sorang dah rasa bosan. I just hate being alone. Mak, bapak dan adik balik kampung. Angah sibuk menghadap assignment. Aku? Hadap la tv. Esok lagi merana. Pagi-pagi semua orang nak pergi hantar angah balik poli. Kereta tak muat sebab kawan angah tumpang so, aku kena lah duduk rumah sorang-sorang. Boring!!! Mak bagi cadangan supaya jahit sendiri baju yang dah siap potong tu. Er... saya tak reti la nak guna mesin canggih mak. Mr. Someone pulak ada kat Pahang. Bila berjalan ngan family, no contact2 okay. Bosan lagi. Nak buat apa ye esok? Asal bukak internet je, facebook. Blog. Lagi? Ada yang menarik tak? Huh... lagi berapa hari ye nak balik maktab? Nanti sibuk dengan kelas. Assignments. Pastu praktikum sebulan. Exam. Then cuti balik. Bosan semula. ArghH!!! Tak nak balik kampung dah. Banyak kali dah balik kampung. Beg baju kena beli lain sebab zip rosak. Ganas sangat kan. Kesian mak nanti angah kat poli. Saya kat maktab. Pagi-pagi adik sekolah. Ba...

Miss Homely

Gelaran yg sy dapat masa dinner akhir tahun pengawas sekolah tahun 2005 dulu. Setiap seorang stdent form 5 masa tu akan dapat title ala-ala miss world la konon-konon. Mentang-mentang la Girl's School. Camnelah leh dapat homely (macam lonely la plak) ye? Puas saya fikir malam tu. Baru teringat, a chinese friend pernah datang rumah dan masa tu saya tengah masak. Maybe sebab tu dia cadangkan letak saya title Miss Homely (well, mesti korang payah nak fikir title pe sesuai untuk saya. Kat sekolah dulu kan tak berapa menyerlah. Sekarang pun tak menyerlah mana.) Motif entry? Saje teringat kisah lama. Cik Amal , u dapat miss apa ye? Saya lupa la.  Hari ni bangun awal. Selalu? Hehe... Esok Mr. Someone pergi Pahang with his family. Abg dia nikah. Camne ni eh... Saya orang biasa-biasa je. Family saya pun biasa-biasa je. Segan kot tengok family belah sana. Dush!

Bagaimana akhirnya saya bertudung.

Image
Salah satu misi time cuti yang saya pernah mention sebelum ni dalam post INI , dah tercapai. Kali ini bukan setakat berjaya beli je. Berjaya habiskan baca jugak dalam masa seminggu. Yeay! Tak membazir beli buku.  Dulu saya pernah baca buku ni tapi tak habis pun. Yang ni edisi lama. Cover page dia pun gambar tudung dulu-dulu. Yang ni edisi baru. Buku ni lah yang saya beli. Cover page dia lebih menarik. Lagipun buku ni hasil tulisan salah seorang wanita JIM. Maybe sebab buku dia tak tebal sangat so bolehlah habiskan cepat. Banyak kisah menarik macam mana orang-orang dalam buku ni akhirnya bertudung. Pendapat pasal cerita dalam buku ni: - Rezeki masing-masing la. Ada yag dapat kesedaran bertudung ni melalui asuhan keluarga. Ada juga yang dapat kesedaran melalui kawan-kawan. Hidayah milik ALLAH kan.. macam-macam cara Dia boleh bagi apabila Dia berkehendak. Cerita saya pula Saya mula bertudung full time masa darjah 4. Sebelum tu memang on off. Tambah pulak duduk KL (...

Mari merepek sambil makan kerepek. (Edisi perempuan)

Motif makan kerepek? Sebab tak masak. Sudah 2 hari kembali ke rumah tapi sempat masak air je. Err.. ngan mi segera. Mak pula sedang berlatih menjadi mem besar yang memiliki tukang masak. Hehe... bezanya kena keluarkan duit. Masing-masing terlampau rajin so kita beli je la.  Hari ni sempat basuh baju dan kemas dapur je. Kalau diberi pilihan antara ruang tamu dengan dapur, aku lebih suka kemas dapur. Dapat dapur yang berkecah pun takpe sebab aku suka susun balik barang-barang kat tempat masing-masing. Masa kat dapur ni, aku ada peraturan sendiri. 1. Aku suka masak sambil cuci perkakas yang dah digunakan. Contohnya, masa goreng ikan bolehlah basuh pinggan-pinggan kotor. Mak aku pulak suka kumpul perkakas masak yang kotor dalam singki banyak-banyak. Dah siap masak baru basuh. Hmm... yang ni aku tak suka buat sebab nanti letih. Mak suka longgok-longgok pinggan dalam singki supaya anak-anak dara dia ada keje nak buat kat dapur. (^_^) 2. Lepas siap masak, lap dapur dan dinding yang ter...

Apa kena aku ni?

Kadang-kadang aku pelik ngan diri sendiri. Bukankah orang patut gembira bila tahu berita yang menggembirakan? Contohnya berita perkahwinan. Aku pelik ngan diri sendiri. Ada ke patut aku sedih berminggu-minggu sebab dengar orang nak bertunang. Then boleh pulak aku menangis depan laptop bila baca orang nak nikah. Apa kena aku ni????? Arrghhhh!!! Kenapa kau ni hati? Sakit ke? Baik gi baca Quran.

Countdown. 3 minggu lagi.

Lagi 3 minggu sebelum pulang ke Penang. Sebelum memulakan semester yang mana saya perlu ke sekolah untul berlatih mengajar. Impian masa cuti macam hampir tak kesampaian je. Belajar menjahit. At least nak try jahit blouse sendiri. Kain pulak tak beli lagi. Nak belajar menjahit kena la beli kain yang murah-murah. Kalau beli kain harga RM10 semeter, bukankah berputih mata kalau jadi baju untuk adik (padahal nak buat baju sendiri). Ataupun mungkin lebih teruk terus jadi kain buruk (padahal baru beli). Jenis kain dah intai-intai di Nagoya Tesco Taiping tapi time intai tu tak ada duit. Tengoklah nanti. Tengok lagi..bila nak beli? Beli buku Dah lama tak beli buku. Rindu pula pada hobi yang satu ni. Yang mana satu hobi ni? Beli buku or baca buku? Rasanya last beli buku Telaga Ilmu di Megamall Penang. Asyik terbayang je kedai buku sederet Tabung Haji tu. Banyak buku-buku best. Beli seronok. Baca? Sekerat. Bila ingat pula buku Don't Be Sad tak baca habis lagi, rasa sayang nak beli buku ba...

4 Disember 2010

Image
My cousin. Baju nikah made by my mum. Senang la saya nikah nanti. Boleh buat songeh banyak mintak design macam-macam. Pelamin in progress. Kerusi tak sampai lagi. Yang ni pun dibuat sepenuhnya oleh mak dan bapak saya. Not bad kan? Kalau hitam putih jadi macam mana ye? Bilik tidur. Kain hitam atas tu melengkung sebenarnya. Maybe dalam gambar tak jelas sangat. Mak ngan bapak yang buat. Seharian bapak potong kayu buat lengkungan tu. Boleh guna ni untuk saya nanti. Tapi tukar design la. Macam biasa, tempat makan pengantin. Gambar ni diambil pagi kenduri. Sarung kerusi pun tak tutup habis lagi. Takut kotor sangat time majlis. Nampak tak riben oren pada sarung kerusi tu? Entah siapa punya kerja, time kemas-kemas riben tu hilang satu. Pelik betul. Riben tu diikat kuat. Memang sah kena rembat. Mak yang buat sarung kerusi dan riben tu. Riben tu unik sikit sebab berjahit elok. Bukan main ikat-ikat macam riben kat kerusi kenduri selalu tu. Meja untuk rombongan pengantin lela...

Aktiviti panas semasa cuti.

Time sibuk study dulu, macam cacing kepanasan menunggu cuti. Baru start kuliah dah kalut selak kalendar check tarikh bila next holiday. Hambik... Cuti hujung tahun. Best kan... Best la kalau kau merayap dan jadual harian penuh dengan aktiviti menarik. Macam mana pulak kalau aktiviti harian makan, tido, bangun tido, memasak, kemas rumah then ulang balik makan, tido, bangun tido memasak dan kemas rumah? (nasib baik ada part memasak dan kemas rumah). Mati kutu tambah-tambah bila kat rumah family tak ada. Kau cuti la sorang-sorang. Tengok tv  then tv pula tengok kau. Broadband celcom buat hal sangat. Padan muka kau. Aku ganti dengan yang lain. Pelik betul. Masa baru guna kau dulu bukan main laju. Tak sempat klik kau dah keluar (hiperbola yek). Sekarang tetiba je kau meragam. Jangankan nak bukak 'muka buku'. Nak search google pun hazab. Inikan pula nak update belog tercinta. Memang bercinta la aku klik, klik si tikus. At last tak keluar apa-apa. Puas hati dapat meroyan kat sini. Y...

Nak kahwin awal? Meh baca ni.

Siapa nak tips kahwin awal? Angkat tangan! Siapa tak nak kahwin duduk diam-diam sambil makan daging masak kicap *tetiba pulak* Semalam kakak sepupu saya bernikah. Masa tengah tumbuk daun inai (akhirnya masuk blender. Tak tahan daulat. Banyak kot nak tumbuk), mak pesan suruh teman sepupu pergi masjid esok. Ambil berkat. Mana tahu melekat jodoh cepat. Hehe... Mak yang cakap. Bukan saya. Kakak sepupu kata, kalau nak cepat jodoh sila fokus pada sirih junjung yang jadi hantaran. Kenal tak sirih junjung? Kalau tak kenal sila google. Bila dah fokus, sila ambil senyap-senyap. Pastikan orang tak tahu. Pastu, makan siri tu satu lipat. Saya pun tak faham satu lipat tu macam mana. Lipat sekali pastu makan kot. Hehe.. Yang penting kena senyap-senyap. Jangan kecoh-kecoh. Tu petua orang tua-tua. Kalau tak jadi tak tahu..

Salam Aidiladha.

Image
Bagaimana hari raya anda?  Adakah menarik dengan sesi menumbangkan lembu? Atau lebih menarik dengan sesi mengejar lembu? Hari raya saya biasa-biasa sahaja.  Cuma tahun ini beraya di rumah tok wan buat kali pertama. Best ke? Best sebab rumah tok wan tak ada sinki. Nak basuh pinggan mangkuk semua dalam bilik air. Basuh di lantai ye.  Memasak pun di bawah sebab tak ada para tempat memasak. Untung tau sebab tak penat berdiri. Masak bersila je. Mak pun buat kali pertama tak merungut sakit tumit walaupun masak macam-macam. Soto, bihun sup, rendang ayam, kuah kacang. Kalau masak di rumah mesti sakit-sakit pinggang dah. Paling seronok, bilik air rumah tok wan tak ada pintu. Hehe.. ada berani? Bila hujan renyai-renyai kena tutup tv. Sebab tok wan takut kena sambar kilat. Bila tok wan dah warning maka teruslah suis ditutup. Berani derhaka? Hoho. Duduk rumah tok wan ni teringat astro di rumah. Sebab tv kat rumah tok wan dapat channel TV1 dan TV2 SAHAJA! Err...

Packing And Tagging. Two different things.

Baru je lepas packing pakaian. Nampaknya satu beg kanvas besar + satu beg balik kampung sederhana + beg balik kampung kecil tak dapat memuatkan satu almari pakaian saya. Isnin ada last paper (English) dan selepas itu pulang ke kampung...(kampung? Saya duduk taman..hihi). Esok kena cari beg yang lebih besar sebab nak isi barang-barang lain. Almaklumlah, tempoh belajar 5 tahun setengah (ada macam amek medik x?). Semakin bertambah hari, semakin banyak barang dikumpul. Padahnya, semasa mengemas di hujung semester (setiap hujung tahun kena kosongkan bilik).   Thanks kepada cikgu Iqa sebab rajin meng'tag' saya. Tag yang lagi satu oleh ciknana akan saya buat nanti. Jom tengok!      #Apa benda paling penting dalam hidup anda? Cinta, Kasih Sayang dan Persahabatan Sejati *kategori benda abstrak* #Benda terakhir yang korang beli pakai duit sendiri Hand socks warna hitam (RM4 je). Beli di pasar malam menggantikan hand socks lama yang dah koyak *ganaz* #Dimana tempat korang...

Kecik-kecik dah pandai!

Image
Berbeza betul dengan saya zaman dahulu. Budak-budak zaman sekarang bukan main lagi.  Baru sekolah rendah dah ada handfon sendiri ( bunyi macam cemburu je ) Paling tak tahan, belum pun sekolah tadika lagi dah ada handfon sendiri. Bukan handfon yang boleh isi air tu.  Ini handfon betul punya. Boleh call dan mesej orang. Isk, tak faham betul kenapa budak-budak umur ni dah dapat gadget. Ehem, cemburu ke? Agak la. Saya dulu dah form 5 baru dapat pegang handset. Itupun kawan bagi pinjam. Mungkin sebab kesian saya seorang je yang tak ada handfon masa tu. Bergaya la sekejap ngan barang pinjam. Bak kata peribahasa 'Jadi umang-umang'. Terdengar kata seorang mak cik kepada anaknya, "Ini handfon umi, mana handfon adik? Pergi main handfon adik" Ingatkan budak tu pergi ambil handfon yang tekan punat keluar bunyi tu. Ataupun mungkin juga handfon yang ada straw. Tiba-tiba... NOKIA Wow! Model apa? Saya tak perasan. Tambah-tambah saya ni kurang peka ngan model handfon. Tapi memang h...

“GiveAway Domain From MelRomeo.Com“. Menarik!

Image
Saya telah terplih untuk menjawab tag oleh blogger tersayang Cik Tulip . Jadi, jom tengok apa yang patut dibuat.   GIVE AWAY Domain Daripada  MELROMEO.COM Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS 1. Cik Amal 2. Shanas 3. Lulu 4. Pengantin Baru - Dudu 5. Cikgu Ainura MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG GIVEAWAY DARI  MELROMEO.COM Syarat & Peraturan 1. Create 1 Entry bertajuk “ GiveAway Domain From MelRomeo.Com “ 2.  COPY Ayat berwarna Merah diatas dan PASTE di blog anda.  ( PASTIKAN LINKBACK KE ENTRY INI ) 3.  Tag 5 Orang Kawan Bloggers 4.  Comment Entry ini berserta LINK Entry anda   dan Siap!       Sejujurnya, saya ada confius. Pertandingan hape ni?  Maaf la.. I ni buta IT. Lagipun hujung2 sem ni sibuk ngan exam dan pindah randah. Akhir kata...                 HAVE A NICE DAY!

The One

Image
When I saw you for the first time I knew you were the one You didn't say a word to me But love was in the air Then you held my hand And pulled me into your world From then on my life has changed for good Now I'll never feel lonely again cause you are in my life love how can I explain to you? The way I feel inside when I think of you I thank you for everything that you've showed me Don't you ever forget that I love you = = = Love I knew that someday real soon You'll be right next to me Holding me so tight so I will always be yours Although we can't be together now Remember I am here for you And I know you're there for me Whenever I long to be with you I just close my eyes and pretend you're here I see you I touch you I feel you like real Nothing can ever change what I feel inside How long must I be far away from you I don't know dear but I know We are one

Tahun ketiga.

Image
Esok exam lagi. Paper pagi tadi adalah agak mengecewakan. Tawakal je la. Usaha sudah. Jawab sudah. Puan pemeriksa, tolong bagi markah ye even jawapan sipi-sipi je. Hari ni 9 November. Ada apa 9 November?  Anniversary kita yang ketiga. Dah separuh jalan. InsyaALLAH..separuh lagi. Sila klik untuk tumbesaran yang sihat. Tahun depan nak dapat cincin yang baru kan? Kan?  Sempena Anniversary ni, dapat makan pizza. At last! Asyik bertangguh je sebab sayang duit. Kebetulan Mr. Someone dapat kupon Domino's Pizza. Tambahan pulak hari ni anniversary kami so dapat makan dua jenis pizza. Yeay! Classic Chicken Chicken Pepperoni Masa order pun blur. Hehe. Tak pernah order kat Domino. First time ni. Apa yang telinga tangkap itu yang saya order. Tak apa. Lain kali da tahu dah nak order macam mana. Yang ni best. Masa nak pilih sos tu telinga dapat tangkap bunyi "BBQ". Terus sebut. Haha.. Adik oi, laju sangat menyebut list sos tu. Udah le saya first time order. Nak tunjuk panda...

Hari terakhir.

Image
Hari ini hari terakhir untuk study Math Planning sebab esok dah exam. Berita gembira atau sedih? Semestinya berita sedih untuk orang-orang yang tak bersedia lagi untuk exam macam saya. Mungkin juga berita gembira buat insan-insan yang dah cover almost all topics. Dah tepu sampai bila-bila masa sahaja boleh memuntahkan idea-idea bernas. Keunikan musim peperiksaan. Sudah pukul 3 pun masih ada lagi insan yang belum tidur. Mungkin juga baru bangun untuk study. Situasi ini memberi manfaat kepada insan-insan yang takut nak ke tandas pada waktu malam.  Tak perlu tahan kencing sampai esok pagi.  Tak perlu juga memerut dalam keadaan gelisah. Siapa tu? Haha  Bak kata cik Tulip , Basic Calculus memang memeningkan. Tapi tak kusangka Math Planning lebih memeningkan. Bila dah pening-pening ni, emosi pun jadi tak stabil. Bincang soalan past year pun boleh jadi macam cari gaduh. "Kenapa jawapan dia B bukan C? Cepat bagi alasan. Tak puas hati ni." Cepat bagi alasan yang kukuh sebelum ke...

Wanita itu. Mampukah aku?

Image
Mampukah aku?

Sabarlah sahabat.

Image
Sahabat disayangi, Sabarlah kita menghadapi setiap ujian dari ALLAH, Kerana Dia tahu kemampuan setiap hambaNYA, Semoga setiap ujian dihadapi sengan kesabaran, Semoga darjat kita ditingkatkan di sisi-NYA. Maafkan aku kerana aku tak mampu membantu. Meskipun begitu, kamu tetap ada dalam doaku.