Makin slow meng'update' blog ini...

Sila salahkan server kerana sangat slow. Salahkan dia. Salahkan dia. Bukan salah saya. Server yang salah. Broadband yang salah. Laptop yang salah.

Buruk betul perangai camni. Salahkan orang lain tanpa pernah berusaha melihat salah sendiri. Perlu get rid perangai ini. Gunakan Ridsect (get RID the inSECTs) -iklan tanpa bayaran. Perangai camni sama la macam serangga perosak. Merosakkan peribadi sendiri. Jadi, lepas ni sama-sama melihat peribadi menggunakan cermin. Supaya nampak salah dan silap diri. Bukan sentiasa melihat menggunakan cermin mata. Hanya nampak salah orang lain tanpa pernah melihat dan perasan silap sendiri. Ingat ye. Gunakan cermin muka. Bukan yang kecil. Cari yang paling besar. Supaya nampak secara keseluruhan.

Baiklah.

Saya yang salah.
Bukan salah server, broadband mahupun laptop.
Saya yang malas meng'update' blog ini. hehe. Suka sangat bertangguh kerja.
Buruk. Buruk. Perlu get rid juga perangai ini.

Semalam saya balik Taiping. Sangat rindu pada rumah dan isi rumah. Paling rindu sekali katil dalam bilik dan Astro. Turut merindui peti ais yang penuh dengan makanan serta makanan masakan emak. Tapi balik tak sampai 24 jam. Tersangat berasa sedih mahu meninggalkan rumah petang tadi. Tak sempat lepas rindu. Aku akan balik lagi wahai rumah!! Tunggu tau. I'm a homely person. Seriously tak puas duduk kat rumah balik tadi. Sempat jugakla menyapu sampah, mengemas dan doing some laundry. Sempat jugakla memandu. Also one of my hobbies.

Saya sudah homesick. Ingat budak-budak je ke homesick? Rindu abah jugak. Lama sangat tak ziarah abah. Mesti abah sedih. Saya kirimkan doa je. Mahu ziarah abah nanti. Adoi..rasa sakit hati. Bukan benci tapi menyesal. Bawak rasa bersalah. Maaf.. Along sayang abah, mak, angah n adik sgt2...

Abah saya baik. Masa tengah tido kalau saya kol suruh jemput balik sekolah, abah terus bangun.
Kalau saya tido, orang kejut??

Mak saya baik. Masa tengah makan saya menangis, mak terus tinggalkan nasik.
Masa tengah makan, mak panggil???

Angah saya baik. Masa saya ada masalah dan saya kol dia. Dia terus tanya 'Nape long? Sape wat kau?'. Tak payah mengadu pun. Dia tahu.
Masa ngah bad mood saya wat pe kat angah???

Adik baik. Dia manja. Dia sebijik, sebulat, sepetak macam saya. Dia pun sayang saya. Bila saya nak balik maktab dia mesti cakap 'Along baru nak balik adik dah rindu.'. Dia dah boleh cakap R. Sebelum ni idgham terlebih. Hehe. So proud of her.

oh..saya tersangatlah homesick. Rindu sama Taiping.

Comments

Mrs Camillo said…
salam.. :)

awak rindu still boleh balik.
saya rindu, camna nak balik...
mak ayah jauh nun di seberang laut cina selatan. :')

bertahanlah...

bila dah bersuami nanti lagi hebat penangan rindu tu.
wirdati said…
wsalam...

Hehe..betul2 saya insaf mengenangkan.
Maybe sebab tu I'm still here.
Allah kan adil..Dia tahu siapa yang kuat diuji.

Anyway, good luck to you!!! (",)

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan