Jangan Masukkan Setiap Peristiwa Ke Dalam Hati

Saya mungkin dalam mood sensitif sekarang.
Tekanan dalam diri.

Letih. Penat. Tertekan.

Mungkin tu sebabnya kelmarin saya sangat-sangat happy.
Rasa sampai tak mahu tido sebab nak pergi kelas.
Tak sabar-sabar.

Then, semalam hari kena kutuk.

Boleh tak kalau nak kutuk orang yang kutuk saya kat sini?

Seorang yang berani adalah orang yang memiliki daya tahan yang tinggi, tabah, mempunyai keyakinan yang kuat, tenang dan berlapang dada dalam mengahadapi dugaan.

Sedangkan seorang yang pengecut akan membunuh dirina berulang kali, setiap hari dengan pedang ketidakpastian, kebohongan, khayalan dan mimpi.


Saya masih seorang pengecut.
Membunuh diri sendiri berkali-kali.

"Jangan membalas cercaan yang melukakan hati anda, sama ada berupa ucapan atau ejekan menggunakan qasidah. Sesungguhnya kesabaranmu dalam menghadapi semua itu dengan sendirinya menguburkan semua ke'aiban. Kelembutan membuat anda meraih kemuliaan. Mendiamkannya membuatkan mereka kalah. Memaafkan mereka membuatkan anda mencapai kemuliaan dan pahala."

Comments

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan