Buat kamu yang saya kagumi.
Assalamua'laikum buat kamu yang saya kagumi.
Semoga kamu terus kekal di jalan yang kamu pilih.
Kamu,
Alangkah bahagianya kamu sebab dapat jadi diri kamu sekarang.
Mesti kamu lebih tenang.
Saya harap dapat jadi seperti kamu.
Kamu,
Alangkah bertuahnya kamu kerana berani melangkah.
Sedangkan saya berharap Allah sediakan jalan keluar buat saya.
Dengan cara terbaik.
Yang tidak menyakitkan.
Melampau kan saya.
Kamu hebat.
Allah benar-benar sayangkan kamu kerana dia pilih kamu untuk melangkah.
Allah juga sayangkan saya kerana dia izinkan saya bernafas di muka bumiNya ini.
Saya ingin benar jadi seperti kamu.
Tak ubah seperti sekuntum bunga mawar.
Kamu.
Tahu tak saya betul-betul cemburukan kamu.
Tapi saya tak harap kebaikan yang ada pada kamu itu hilang.
Boleh tak saya nak jadi baik macam kamu?
Boleh tak?
Pasti indah kalau menjadi baik itu semudah dikata kan?
Malangnya semua itu perlukan tindakan. Pengorbanan.
Bukan sekadar kata-kata.
Banyak hajat di hati tertunda.
Sebab saya takut untuk melangkah seperti kamu.
Siapa la yang berhajat nak jadi jahat?
Siapa la yang berniat nak jadi derhaka?
Sepanjang hidup.
Pasti dalam lubuk hati manusia itu mahukan kebaikan.
Tambahan pula fitrah hati itu perlukan Tuhan.
Rindukan pencipta.
Rindukan pencipta.
Semoga Allah mengampuni saya dan menjadikan saya hambaNya yang dia rahmati.
Seperti kamu.
InsyaALLAH...
Comments