Mengajar Math dengan Permainan

Macam biasa la kan, bakal cikgu Matematik kena tahu macam mana nak jadikan pengajaran Math ni menarik.
Kadang-kadang kita tak sangka pun permainan yang kita selalu main ngan kawan-kawan boleh jadi satu aktiviti yang menarik.
So, saya dan rakan sekelas yang lain telah menyediakan aktiviti.
Ikut buku je pun, tapi bila buat praktikalnya jadi lebih menarik.

Jom tengok apa yang ada.

Aktiviti ni sesuai untuk ajar multiplication.
So, students akan lebih faham sebab dia nampak secara grafik konsep pendaraban tu.
Secara tak langsung, kita bina pemahaman dia dalam comutative law.

Comutative law:
4 x 5 = 5 x 4.

Hopefully student akan nampak la bahawa dua equation tu boleh bagi jawapan sama.

Erm... boleh juga guna untuk ajar finding the area kan?

Next,

Yang ni paling menarik.
Sebab main kad.
Agak mencabar la sebab kena pandai menambah dan menolak secara mental.

Cara main:
Setiap pemain dapat 3 kad.
Tengok kombinasi nombor tu, boleh tak buat operasi + dan - supaya dapat jawapan 0.
Siapa kombinasi kad dia boleh bagi jawapan 0, dialah pemenang.

Contohnya, 9, 13, 1, 3 boleh buat operasi 9+3+1-13=0.

Saya tak menang pun main ni.
Even kawan-kawan yang lain pun blur sebab mencabar.
Just yang cepat kira je leh menang.

Lagi!

Roda Impian!!
Bukan. Bukan.
Ni roda untuk main Bingo.
Boleh putar taw. Menarik kan. Saya rasa setiap guru math perlu ada roda ni sebab banyak gunanya.
Bukan setakat ajar tambah, tolak, darab dan bahagi. Boleh juga ajar Bahasa.
Kena improvisasi la kan.

Cara main: 
Putar roda 2 kali dan tambah nombor yang kita dapat.
Pastu sama step ngan main Bingo.

Nombor kat dalam ni boleh suruh student isi ikut suka. 
Dari 1-18.
Kotak yang kosong tu isi la nombor apa-apa dari 1-18. Janji penuh.
Lepas putar 2 kali, tambah, then tanda.

Dapat je satu line menegak, melintang atau penjuru bertanda, anda menang.
Sama kan ngan bingo.
Cuma bingo kita pilih sendiri nombor.
Yang ni bergantung nasib pada wheel tu.

Game ni saya menang.
Hihi...

Ni lagi satu game untuk ajar darab.
Baling dadu 2 kali pastu darab nombor yang dapat tu.
Tanda tempat.
Siapa yang dapat tanda tempat sekeliling dia ngan penanda sendiri, dia menang.

Bila buat aktiviti macam ni, student tak perasan pun yang diorang tengah tajamkan skill dalam math sebab aim diorang nak menang je.

Cuba bagi buku latihan suruh buat sejam.
Konfem nangis or tido sebab malas buat.

Bagi aktiviti ni.
2 jam pun diorang nak main lagi.

Last but not least, kawan number arrow dalam post INI

Nama dia Number Expendent.
Ni rupa dia.
Ni untuk rumah sa. Cikgu boleh tulis nombor di kad putih tu.


So, students boleh tahu cara membaca nombor sebab mereka tahu nilai tempat nombor tersebut.

Lepas lipat, jadilah begini.

Kad tadi dah dilipat masuk ke dalam envelope.

Dengar kata dah mendapat sambutan Alat Bantu Mengajar (ABM) ni.
Dah ada yang nak pinjam untuk mengajar.

Semua ni sebahagian je daripada aktiviti dan ABM yang dah saya dan rakan sekelas buat.

Hah.. Untung kan budak sekarang.
Budak dulu-dulu tak ada la nak merasa benda-benda ni.

So, senang ke nak jadi CIKGU?

Comments

Anonymous said…
salam,,,boleh tak bagitahu macam mana nk buat roda seperti roda impian tu..huhu harap dpt membantu...tq.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas