Ayam Brand = Cap Ayam?

Assalamua'laikum.

Tak pernah kan mula post dengan bagi salam. 
Time matrik dulu, lecturer selalu marah kitorang kalau guna buku 'cap ayam' untuk rujukan.
Subjek Biologi 'must'ilah menggunakan buku Solomon ataupun Campbell (Sup cendawan campbell??)
Kalau rujuk buku selain tu pasti menjadi bahan.

"Yang kau pergi rujuk buku cap ayam tu buat apa???"

Persoalannya... eceh..
Buku 'cap ayam tu' macam buku yang tak berapa bagus lah kan.



Makanan cap ayam?
Ataupun lebih tepatnya Ayam Brand?


Hambik kau. Gedabak!
Sedap ni.

First food yang saya masak untuk orang tu.
Tersilap ratio. Setin sardin kawan ngan 5 biji kentang.
Boleh bayang?

Bukan jadi kawan.
Kentang membuli ikan-ikan sardin yang sesak nafas duduk dalam tin.

Bukan jadi sambal sardin dah.
Udah jadi sambal kentang!!! Ikan tersorok kat timbunan kentang.
Haiya.. bikin malu saja.

Orang tu macam biasa la.
Makan tetap selera.
Mesti nak jaga hati saya.
Tiba-tiba...

"Awak memang masak sardin takde kuah ke?"

Uwaaaa!!!!!

Masak sardin pun failed.

"Tapi sedap.."
Nasib baik. Kalau tak saya taknak masak untuk orang tu dah.


Minggu ni duduk memerap di blok.
Cafe macam biasa takdenya nak bukak hari sabtu macam ni.
Petang tadi masak kurma ayam.

Dialog aku dan Ina.

"Sedap tak aku masak?" 

"Sedap."

"Boleh kahwin dah kan?" (soalan wajib bila kawan-kawan puji)

"Bila masa korang beli ayam ni?"

"Tadi.." Senyum2.

"Serius aku tak pandai masak kurma ayam."

"Aku pandai kan?"

"Aah.. sedap."

Lama...
Kesian...
Tepuk bahu Ina.

"Ina, instant je..."



"Bengong..aku dah agak dah!!"


 Kanak-kanak riang pun makan dengan gembira sehingga licin periuk nasik mereka...


Esok Sardin Cap Ayam menanti.



P/s: Boleh juga digunakan untuk meng'impress'kan ibu mertua anda. Hihi..



Comments

Tulip said…
xleh kawen lg la mcm tuh....hahahaha
Misz ZeEE_Z0nE said…
hehe.. mmg bernas.. dh lame ak taw sardin cap ayam... cuma x tulis je..
biar ak post kat blog ak gak.. pasal minyak tuk sakit kulit cap ayam.. hehe.. penah ko dgr psl tu wirdati?? hikhikhik
wirdati said…
Tulip: boleh la.. ari2 makan sardin.. haha

Zeera: yeke? Aku minat nak taw.

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

Mengajar Math dengan Permainan

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas