Result dah dapat.

Result semester lepas dah keluar.
Itu pun selepas 2-3 minggu kawan-kawan sekelas berulang pergi Jabatan Peperiksaan.
Haha.

Sampai kena marah sebab push mintak result.
Excited kot.

Tahniah buat kawan-kawan yang dapat pointer tinggi.
Tahniah jugak buat orang tu sebab dapat atas 3.5. 
Saya menang. 
Hihi.

Semester ni pulun lagi ye.

Ok, ni resultnya.
Hambik. Gedabak. Semester lepas dapat 3.63. Terkumpul 3.64. Alhamdulillah.

Saya bersyukur la.
Sebab ada orang tu yang cakap saya tak bersyukur dengan result saya.
Bukanlah.
Saya tak tahu nak bagi reaksi macam mana supaya tak nampak macam riak or terlebih happy.
Pada saya, as long as dapat 3.5 and above dah alhamdulillah sangat-sangat.
Tingkatkan prestasi.

Okeh.

Air dalam toilet takde.
Air dalam toilet bowl ada.
Tapi air paip nak mencucinya tak ada.
Nak guna toilet kena angkut air dalam baldi.
Huh..
Kenapa tak tunggu weekdays baru potong bekalan air tu.
Nak repair time weekend ni ke?

Cepat-cepat taw.
Susah bila takde air.

Tahniah kepada orang tu sebab berjaya score 1 gol time friendly bola sepak semalam.
Saya datang lewat. Tak sempat tengok orang tu sumbat bola dalam gol.
Anyway, dah menang kan.
Good Luck Ahad ni ye.

Yang penting bersukan.
Menang kalah belakang kira.
Kalau menang memanglah lagi happy kan.

Seminggu lagi before cuti.

P/s: Anda yang baca post ni... klik-klik la iklan nuffnang kat tepi tu. Nak beli gula-gula pun tak lepas ni. Hehe..
Tima kasih.

Comments

Admin said…
tahniah untuk result
yang cun tersebut..hehhee~

Popular posts from this blog

Pembedahan Ovarian Cyst

11 teknik mengawal disiplin pelajar dlm kelas

Mengajar Math dengan Permainan